CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15978|Reply: 123

[Tempatan] Suka hati saya, ini bukan jenayah, kata janda berumur 22 tahun yang tawarkan dir

[Copy link]
Post time 6-12-2017 08:32 AM | Show all posts |Read mode
'Suka hati saya, ini bukan jenayah...'

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/290921/suka-hati-saya-ini-bukan-jenayahmetrotv

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 10:30 PM

Nabihah Kamal
[email protected]




Petikan FB live yang dibuat dan status yang dimuatnaik wanita itu.

JANDA berusia 22 tahun yang memuat naik status di Facebook (FB) menawarkan diri untuk kahwin kontrak sehingga tular dan dikecam teruk netizen sejak Ahad lalu, tidak menyesal memuat naik status itu.

Menurutnya apa yang dilakukan adalah hak peribadinya.

Katanya, dia memang mahu mencari calon suami untuk berkahwin buat kali kedua selepas bercerai tahun lalu.

"Saya tertekan kerana keluarga minta saya kahwin cepat. Sebab itulah saya muat naik status sedemikian untuk cari calon idaman saya," katanya yang juga peniaga.

Katanya, ramai mengecamnya akibat status berkenaan yang dimuat naik Ahad lalu.

"Saya mahu cari yang sedap mata memandang dan tidak gemuk. Benar dalam status di FB saya tidak mahu kemas rumah dan masak kerana tidak mahu dikongkong.

"Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suami saya. Bagaimanapun tindakan saya itu dikecam dan saya tidak kisah," katanya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, dia memadamkan status di FB itu selepas dua jam memuat naiknya kerana dikecam teruk.

Katanya, dia juga buat FB live bagi menjelaskan status yang dimuat naik itu.

"Bukan saja ramai yang 'pm' (mesej) saya untuk menjadikan saya isteri, malah ramai yang kecam walaupun status itu sudah dipadam.

"Suka hati saya nak buat apa, ini bukan jenayah. Saya yang nak kahwin, mesti la nak cari suami yang elok," katanya.

Katanya, dia meminta netizen berhenti sebarkan status yang dimuat naik itu.

"Henti sebarkan status saya itu dan apa-apa cerita mengenai saya," katanya.

Sementara itu, kaunselor keluarga Hushim Salleh berkata, perkahwinan kontrak jelas ditegah dalam Islam.

"Nikah Muta'ah atau pernikahan yang mempunyai perjanjian tertentu adalah ajaran Syiah dan harus dielakkan.

Mungkin wanita itu mahu jaminan terhadap dirinya supaya tidak ditinggalkan kelak.

"Bagaimanapun, individu itu seperti memperdagangkan hubungan suami isteri," katanya.

Menurutnya, ‘trend’ mempromosikan diri untuk dikahwini lelaki akan mendatangkan keburukan pada masa akan datang.

"Akan terjadi ungkit mengungkit dan persoalan mengenai soal maruah si isteri yang diiklankan di media sosial berkenaan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lipat baju pon taknak?

Jesus farking Christ.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 08:59 AM | Show all posts
nak cina buta lah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah terdesak sangat ke dik sampai nak kawin kontrak ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
you go girl!!! tertekan la acik acik.tudung kepam sunni tengok status sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Advance perempuan zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2017 09:13 AM | Show all posts
kontrak sampai bila?apa jenis kontrak? kontrak masa atau pre nup agreement?

nanti kalau ada anak mcm mana?

better just kata kat iklan tu mencari suami bserta syarat, bukannya kawen kontrak...

maybe tak paham istilah kawen kontrak kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Fefeeling ko dalam novel ke dekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 09:31 AM | Show all posts
nak cari yg sedap mata memandang saja ke..?

tk nak bersedap-sedap ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:39 AM | Show all posts
ntahnye
suka hati dia la
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Syiah LA kawin kontrak.meletakkan wanita sama taraf dgn pelacur..PSL bole kwin 1 hari,2 hari ,seminggu,sbulan gtu.
Pmpn camni leh kawin 100kali DLM setahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:43 AM | Show all posts
leylapple replied at 6-12-2017 09:13 AM
kontrak sampai bila?apa jenis kontrak? kontrak masa atau pre nup agreement?

nanti kalau ada anak  ...

dia kata kat situ 1 tahun sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:44 AM | Show all posts
dalam drama sekarang kan banyak camni?

maknanya bolehla kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:45 AM | Show all posts
aku rasa akak2 yang berkerjaya pun mesti suka macam ni
kawin dan ada anak
pastu cerai

sebab kadang org nak anak je. semak je lelaki ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
who r yusss keluarga hushim salleh? minah ne so feeling kaya life jetsetter.. penjuak fokey ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:47 AM | Show all posts
leylapple replied at 6-12-2017 09:13 AM
kontrak sampai bila?apa jenis kontrak? kontrak masa atau pre nup agreement?

nanti kalau ada anak  ...

Maybe dia nak cakap kahwin ada terms & conditions..lol..

T&C dia ialah in short; jangan paksa saya buat apa saya tak suka. Kena ikut kepala dia je lah ni..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 09:53 AM | Show all posts
adeh mcm2 hal sekrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:58 AM | Show all posts
suka hati dia la badan dia...
x buat mcam tu lambat pulak kut dpt jodoh nya...
tp ramai la kut istri2 org yg risau giler ni
sbb dlm syarat tu xde pulak asal jgn suami org..
'
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 10:03 AM | Show all posts
patutnya ko gam duit kat mulut family yang bising suruh kawin cepat tu biar dorang bisu..
daripada berhabis kat jantan sebagai upah kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur 21 dah janda....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.122363 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list