Memang tak dapat dinafikan, masakan dari Thailand memang sedap dan menggamit selera. Malah, banyak olahan masakan kita hari ini diilhamkan dari masakan dari seberang ini dan menjadi kegilaan pencinta makanan.
Kalau anda pernah mencuba resipi Ayam Kukus Halia sebelum ini, anda pasti akan sukakan Ayam Kukus Thailand ini!
Foto: Jo Isabelle Joannes
Cara menyediakan sangat mudah tetapi hasilnya memang hebat dan menggiurkan!
Bahan:
Ayam sebelah
5-10 biji cili api (mengikut tahap kepedasan diinginkan)
Setangkai serai dihiris
Seinci halia, dihiris
3-5 biji bawang merah
Lemon
Sos ikan
Minyak zaitun (Boleh tambah minyak bijan kalau suka)
Air limau kasturi
Daun limau purut
Cara membuatnya:
1. Tumbuk cili, serai, halia dan bawang
2. Gaul rata ayam dengan bahan tumbuk, sos ikan, minyak zaiton dan air limau kasturi secukupnya
3. Selitkan lemon dicelah ayam dan taburkan daun limau purut.
4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Foto: FB Viral D Viral
Siap dihidang! Sedap makan dengan nasi ketika panas ni. Aroma dia tak payah cerita, memang mengancam! - CARI
Kredit resipi: Aimmafiaz via FB Viral D Viral |