CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1850|Reply: 13

[Tempatan] MP: Tablet dibekalkan Utusan 114% lebih mahal

[Copy link]
Post time 4-12-2017 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 4-12-2017 01:41 AM

MP: Tablet dibekalkan Utusan 114% lebih mahal

https://www.malaysiakini.com/news/404176

3 Dec 2017, 4:07 pm      3 Dec 2017, 4:16 pm

STEVEN SIM ialah anggota parlimen Bukit Mertajam mewakili DAP.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.





ULASAN | Pada 30 November 2017, saya mendedahkan bahawa syarikat Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) mendapat kontrak kerajaan pusat untuk menjadi pembekal komputer tablet kepada 430,000 guru di seluruh negara.

Kos projek tersebut dijangka mencecah RM340 juta.

Saya telah melontarkan tiga soalan kepada kerajaan pusat:

  • Mengapa sebuah syarikat surat khabar Umno boleh dilantik menjadi pembekal komputer tablet?
  • Jika beri kepada syarikat akhbar sekalipun, mengapa diberikan kepada Utusan yang mengalami kerugian setiap tahun sejak 2013 sehingga RM220 juta?
  • Mengapa tiada tender terbuka untuk projek bernilai RM340 juta ini?

Mengikut jawapan Timbalan Menteri Pendidikan di parlimen, sebanyak 182,712 unit komputer tablet diedarkan dengan kos sebanyak RM152 juta.

Dalam kata lain, harga setiap unit tablet yang dibekalkan oleh Utusan kepada kerajaan ialah RM832.

Mengikut maklumat yang diberi seorang guru di Negeri Sembilan, komputer tablet yang diedarkan kepada mereka merupakan jenis Lenovo Tab3 7 Essential.

Saya juga mendapatkan pengesahan daripada carian atas talian sebuah blog yang melaporkan tentang tablet tersebut.

Daripada laman web membeli belah popular, Lazada.com.my, Lenovo Tab3 7 Essential ini boleh dibeli dengan harga RM388.



Ini bermakna, kerajaan pusat telah membeli setiap tablet berkenaan daripada Utusan dengan harga 114 peratus lebih mahal berbanding harga pasaran!

Perlu diingatkan bahawa RM388 ini merupakan harga pembelian runcit atas talian (online retail price). Jika kerajaan membeli secara borong sebanyak 430,000 unit, saya percaya harga yang lebih baik boleh diperoleh jika proses tender terbuka dilaksanakan.

Setiap tahun Jabatan Audit Negara mengetengahkan isu kerajaan membeli barang dengan harga yang terlampau tinggi berbanding harga pasaran.

Kini perkara sama berulang untuk sebuah projek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri semasa membentangkan Bajet 2017 pada tahun lepas.

Budaya 3K Umno/BN, iaitu korupsi, kronisme dan kleptokrasi tetap tidak berubah.

Saya menggesa agar kerajaan pusat menghentikan perkhidmatan syarikat Utusan sebagai pembekal tablet bantuan mengajar serta-merta.
Syarikat baru mestilah dilantik daripada kalangan organisasi yang berpengalaman serta melalui proses tender terbuka.

Related collections:

  • · turt|Threads: 2, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mark up harga tu biasa lah.
Kita orang baru terkena sabtu lepas...
Kawan dari kecik pun tak boleh dipercayai..
Boleh dia mark up sampai rm50...
Tapi kita orang anggap yuran introducer je dah la.
Lepas ni memang direct terus dengan tokey vacuum tu kereta tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2017 09:55 AM | Show all posts
Dapat bisnes projek dari gomen memang cam nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga Lazada mungkin tidak tepat.

Cuba tgk harga retail biasa, work back 5-10% discount as target price utk belian pukal
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga Lazada mungkin tidak tepat.

Cuba tgk harga retail biasa, work back 5-10% discount as target price utk belian pukal
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ambil kira juga jika tablet itu bundled dengan subscription service lain yang diberikan oleh utusan. Jika semata-mata bagi tablet aje mmg tak wajar harga sebegitu.Tapi bila dicampur online content subscription pastilah lebih mahal compared dengan tablet kosong di pasaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2017 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahlol...tu x masuk kos penyenggaraan...jaminan produk...penghantaran...software tutor utusan...dll
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina komunis dan bahlol berpisah teda...pi balik naik tongsan...
Huhu...PAU harini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 08:17 AM | Show all posts
bukan cina suka markup kencang kah??? contohkan...banyak kes...kos repair RM1 dia charge RM100??

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2017 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan je soal kos
Kejadah kasik tender kt kompeni yg stp masa rugi jah
Babinya gomen ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2017 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dah dekat nak pru ni rasa macam tahu jer duit lebihan mark up tu akan berakhir di akaun peribadi siapa, yg akhirnya akan diklasifikasikan sebagai wang derma
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah mcm tak biasa plak diorg nie... Bekalan gomen kan kene tolak siap2 30% untung pembekal

Cuba harga tue tolak 30% mesti dpt harga mcm harga retail...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 4-12-2017 01:04 PM
Harga Lazada mungkin tidak tepat.

Cuba tgk harga retail biasa, work back 5-10% discount as target ...

Mmg betul harga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ada utusan online n tutor online mende ntah..

My ex pengetua lg lawak..ni kengkawan ler citer beria2 la pung pang pung pang kata rega sebiji tablet tu seribu lebey.... hahahahaha....

Tablet cikai gtu seribu lebey..nk bohong pon x agak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067996 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list