CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12910|Reply: 66

Dah move on tapi hati masih sakit

[Copy link]
Post time 30-11-2017 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by LemonSky at 30-11-2017 04:39 PM

Assalamualaikum. Cerita ni agak panjang tapi aku cuba untuk pendekkan la ya.

Aku tengah buntu sekarang ni. Ceritanya macam ni.  Aku kenal dengan sorang lelaki ni dalam tahun lepas. Declare couple untuk kahwin. Dia pernah ajak aku pergi rumah dia untuk dikenalkan kepada ibu dia. Aku pergi dan family dia pun macam ok dengan aku. Tak ada masalah,waktu balik tu siap laga-laga pipi lagi. Lepas tu kami pun berhubung macam biasa cuma tak terlalu kerap. Aku pun percayakan dia sebab dia cakap dia bukan jenis berhubung dengan banyak perempuan.

Sampailah satu masa dia block fb aku dalam bulan ni. Dia cakap fb dia kena hack dan dah deactive tapi bila aku search guna akaun fb lain active je fb dia.  Aku syak ada benda yang tak kena. Aku pun search nama sorang perempuan ni, Mimi dalam fb kemudian terkeluarlah gambar dia dan perempuan tu waktu perempuan tu konvo. Semua orang siap ucap tahniah bagai. Yang aku hairan tu siap cakap tahniah untuk bf aku, suruh jaga perempuan tu baik-baik. Aku screenshot gambar tu dan bagi kepada bf untuk jelaskan. Dia cakap dia tak bagi hadiah untuk perempuan tu. Aku tak puas hati aku pun mesej kawan perempuan tu (Aminah) untuk tanya hubungan bf aku dan mimi tu. Sebelum ni Aminah tu pernah add aku dalam fb tapi aku tak approve sebab bf tak bagi. Bf cakap Aminah kawan kepada sepupu dia, Mimi. Family bf tak benarkan dia berkawan dengan mana-mana perempuan sekalipun sebab nak jodohkan dia dengan sepupu sendiri. Aku jadi tak sedap hati dan tanya sendiri Aminah. Kecewa aku bila dapat tau yang Mimi dan bf akan bertunang bulan 12 ni. Aku tanya bf sendiri pasal benda ni dan akhirnya dia mengaku yang dia akan bertunang. Dia cakap dia terpaksa ikut arahan mak ayah dia untuk bertunang dengan sepupu. Bf cakap dia masih nak cuba lagi pertahankan hubungan ni lepas tu bf suruh aku bagitau Mimi yang aku dan bf tak ada apa2 hubungan sebab takut kena bising-bising dengan mak ayah dia.

Seminggu jugak bf block fb aku. Dia cakap dia tak pernah log in fb. Dia marah aku sebab sibuk pasal fb dia.Kemudian lepas seminggu dia dah unblock. Aku tengok ada je dia post pasal aktiviti dia kat fb. Maknanya selama ni dia tipu aku hidup-hidup. Lepas tu kantoilah yang sebenarnya Mimi tu bukan sepupu dia pun, diorang dah berkawan dari bulan 1 lagi waktu Mimi praktikal di hospital yang sama, lelaki tu tengah Ho kat situ. Yang aku geram sangat tu bf aku tu dah plan nak bertunang dari bulan 4 lagi dengan Mimi tapi masih nak jumpa aku. Tiap kali orang nak kenal je aku reject sebab kononnya setia. Mimi tu pun cakap bf dah 2 kali kantoi dengan perempuan lain, duit pun dia dah pinjamkan beribu, banyak peluang dah bagi. Mimi pun nak batalkan pertunangan, tapi tak jadi sebab bf tu datang jumpa aku suruh pujuk Mimi supaya jangan batalkan pertunangan dan bagitahu aku dan bf takda apa-apa hubungan.Bf siap mogok nak pergi pub la kononnya stress. Tapi aku rasa diperbodohkan, aku pun terus terang kat Mimi lelaki tu yang suruh aku pujuk Mimi, mulanya Mimi kecewa jugak tapi still nak teruskan pertunangan.

So aku pun ditinggalkan macam tu je. Mak aku marah-marah pasal hal ni sebab dia selalu bawak kawan-kawan dia datang rumah aku bila cuti  then bagi harapan macam2. Kdang-kadang aku rasa tak adil bagi diri aku, patutlah dia macam tak berapa nak layan aku sebabnya dah ada orang lain. Aku dah pesan awal-awal kalau tak nak aku boleh bagitau, ini dah sampai setahun memang buang masa aku sangat-sangat. Aku pun tak faham kenapa perempuan tu masih nak lagi lelaki macam tu. Nak cakap terdesak aku 2 tahun lagi tua lagi dia. Aku tak kisah pun tak dapat lelaki tu tapi aku kisah bila dia tipu aku dan buang masa aku. So sekarang aku dah terima kalau aku takda jodoh dengan siapa2 sebab aku dah seriklah. Penat tahu nak start balik. Lagipun aku pernah bertunang, tapi tunang buat hal curang dengan janda anak 2 pulak. Aku dah rasa benci sangat dengan lelaki yang tipu aku tu. Dia pun ada jugak pinjam duit aku, patut ke aku mintak balik? Lepas dah bayar tu aku nak cakap dia aku benci dia then block dia. Ok ke atau kejam sangat? Tapi hati aku lagi sakit bila dia buat aku macam tu.

Maaf kalau tak faham. Boleh tegur-tegurlah ye.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 05:45 PM | Show all posts
akak dh kena macam ni dik..dok berkawan dgn kita alih2 tunang dgn orang lain..bertunang pn tk ckp dgn kita elok je mesej2 mcm biasa.pecah lubang bila org opis dia citer.so bertabah la jgn buang masa meratap hiba cari je yg lain.dia bole bahagia tk tkn kita nk berduka lara unfair la kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Move on ye tt..sy fhm bila jd second choice. Pilih yg baik2 tt, biar kecewa skrg jgn lps nikah. Cuma jgn benci lelaki, lgpun hati kita ni milik Tuhan.

Bab duit ni, mintak je blk. Hutang tetap hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 06:30 PM | Show all posts
mcm drama bawang putih halia merah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang tu apasal kau tanya patut tak mintak? Heran aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aa ah..aku pun nk tnya..jadahnya duit sendiri x mau mintak balik..kalau ada resit lg bagus..tu bukan laki..x layak panggil laki..jantan x guna..hg patut gelak sbb mimi tu bodo..nak sgt jantan mcm tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
1-tinggalkan dia
2-tuntut hutang sampai tnggal spender
3- blok segala wasap wicet dan fb dia
4- moveon
5- cari lelaki mcm fatah amin lak, kenal kejap je nk kawen
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit tu mintak balik dik.open table blanje kaka pls.

Lelaki ramai mcm ni. Psg banyak pastu dia pilih yg dia rase serasi dgn dia. Bkn sbb u x bagus or x cantik.mgkn keserasian x de.

Pastu mmg la rase pedih n sakit tu lama nk ilang.bln 12 tahun 2018 pn blm tentu ilang.

U pilih nk berlarut2 dlm kesedihan atau enjoy ur single life. Ingat ye, dia sdg berbahagia dgn perempuan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 30-11-2017 09:06 PM
Duit tu mintak balik dik.open table blanje kaka pls.

Lelaki ramai mcm ni. Psg banyak pastu dia pi ...

Tq. Tapi sebenarnya kan, dua orang yang dia dah kantoi tu dah pernah jadi mangsa buat tido. Mimi ni memang baiklah, tudung labuh, pakai jubah. Mimi ni pun pernah suruh lelaki tu brtanggjawab dekat perempuan yang dia dah tido tapi lelaki tu tak nak. Baru semalam lelaki tu kantoi lagi tapi kali ni dengan perempuan lain pulak sebab apa2 hal Mimi memang report kat sy. Lepas dapat tahu lelaki tu macam tu, terus membuak2 rasa benci ni kat dia. Ish
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
LemonSky replied at 30-11-2017 09:25 PM
Tq. Tapi sebenarnya kan, dua orang yang dia dah kantoi tu dah pernah jadi mangsa buat tido. Mimi n ...


Benci is good i think.  N i think u shld stop contacting that mimi girl. Mcm mn nk move on kalau u msh ade kaitan dgn dia?

Titik kan terus. Unless u msh mengharap which i hope u r not.

Ape yg jantan bedebah one cent no use tu nk buat dgn mana2 perempuan  is none of ur bisnes anymore. X pyh semak pikir psl dia.

Now, gi cantik2 kan diri n shop around for a new bf. Jgn ckp kalau lelaki nk kat sy,  dia kena terima sy seadanye.  No,  lelaki x terima kite seadanya. Mcm kite x terima lelaki tepi jln muke pecah.

Eh panjang lak akak leter.

Move on dik.  M sure u r pretty n sweet young thing.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dik, akak baca sikit pun rasa stress. better move on lah. belum kahwin dah mcm2 lepas kawin lagi stress sebab terjebak. part sakit tu mmg sakit. maybe sampai bila2. good luck eh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 30-11-2017 08:34 PM
1-tinggalkan dia
2-tuntut hutang sampai tnggal spender
3- blok segala wasap wicet dan fb dia

Tq. Sy dah contact dia suruh bayar balik semua yang dia dah pinjam dari sy. Dia cakap nak clearkan dalam bulan 12 ni. Harap betullah sebab sekarang ni susah nak prcaya dia, banyak sangat yg dia tipu. Sy plan lepas semua dah settle baru sy nak block whtsapp dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
LemonSky replied at 30-11-2017 09:55 PM
Tq. Sy dah contact dia suruh bayar balik semua yang dia dah pinjam dari sy. Dia cakap nak clearkan ...

Kalau dia x byr,  u kejar dia melalui mimi. Lantak je. X yah nk jaga2 hati sape2
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:25 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 30-11-2017 10:05 PM
Kalau dia x byr,  u kejar dia melalui mimi. Lantak je. X yah nk jaga2 hati sape2

suka akk baca nasihat u ni....

betul lemon....klu dia tak byr, u report kat mimi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 30-11-2017 10:05 PM
Kalau dia x byr,  u kejar dia melalui mimi. Lantak je. X yah nk jaga2 hati sape2

Awal2 lagi lelaki tu dah bagitahu Mimi yang dia dah bayar semua hutang sy padahal 1 sen pun tak bayar lagi. Mimi pun dah boleh agak llaki tu tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
TT... hang beli punching bag

Hang lekat gmbr dia kat punching bag tu, pastu tiap2 ptg hang workout kickboxing sambil lepas geram

Sihat tubuh badan hang dapat, lepaskan geram pun hang dapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2017 12:09 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 30-11-2017 05:49 PM
Move on ye tt..sy fhm bila jd second choice. Pilih yg baik2 tt, biar kecewa skrg jgn lps nikah. Cuma ...

setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
LemonSky replied at 30-11-2017 09:55 PM
Tq. Sy dah contact dia suruh bayar balik semua yang dia dah pinjam dari sy. Dia cakap nak clearkan ...

kalau dia tak bayar
kacau mak ayah dia pulak
duit tu
takda cinta duit boleh beli tiket wayang isi masa berduka lara
walaupun cinta tak boleh dibeli dengan duit
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Salaam tt. Ex bf you ni habitual liar kekdahnya. Kalau tak ada yang terluak macam duit dan body, move on lah. Anda mungkin baru sahaja terselamat dari future headaches. Orang tua2 kata anda akan berjumpa dengan ramai orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul2 untuk anda.
Hati sakit adat, time heals all wounds but only if you allow it. Tak gunalah nak kenang badigol macam ni. Patut ucap terima kasih pada Mimi kerana menyelamatkan anda. Semoga tt bertemu lelaki yang boleh membimbing dan mahu dimbimbing.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi lemon.
Baguslah dah tau sebelum kawin laki tu hudoh geli cam ulat sampah perangai sebelum kawin dengan dia. Allah nak selamatkan u dr sakit jiwa pas kawin. Dah kawin perangai takkan berubah tiba2 sebab kawen.

Mintak hutang tu duit u. Muka tak malu pinjam2 duit perempuan nak joli katak   hutang wajib bayar.

Sikit pun u tak rugi, untung lagi ada selamat dari dia. Keep positive sayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.066248 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list