CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5344|Reply: 0

OPS PAGANG: PENGLIBATAN UNIT TINDAKHAS PDRM DALAM OPERASI2 DILAUT

[Copy link]
Post time 29-11-2017 05:18 PM | Show all posts |Read mode
PENGLIBATAN UNIT TINDAKHAS PDRM DALAM OPERASI2 DILAUT                                          

OPS PAGANG


Sekitar tahun 1997 hingga tahun 2000 berlaku peningkatan kes kejadian rompakan keatas kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka terutamanya di Perairan Negeri Sembilan,Melaka dan Johor.

Ini Membimbangkan PDRM terutama Jabatan Marin. Sehubungan dengan itu sekitar tahun 2000 sehingga 2002 satu operasi khas telah dilancarkan oleh Pihak Polis Marin Wilayah Selatan bagi membendung kegiatan ini dari terus berleluasa.

Operasi ini dinamakan Ops Pagang dan ia adalah singkatan bagi nama `Operasi Kapal Dagang’. Pihak Unit Tindakhas Bukit Aman telah dipanggil bagi membantu Cawangan Polis Marin Wilayah selatan sepanjang operasi ini dijalankan.

Operasi ini melibatkan kerjasama yang sangat rapat antara Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Khas (UTK) sehingga Berjaya mencipta banyak kejayaan besar dan melakukan beberapa rampasan barang rompakan dan juga beberapa laras senjata api berbahaya. Beberapa buah bot dagang (barter trade) juga Berjaya diselamatkan ketika sedang disamun oleh para perompak laut yang kebanyakkannya datang dari Negara jiran.

Jarak yang dekat antara Negara jiran dengan perairan Malaysia memboleh para perompak laut keluar dan masuk untuk melakukan jenayah rentas sempadan dalam masa yang singkat ditambah pula dengan keupayaan bot laju mereka yang sangat pantas namun hasil gabungan pengalaman luas anggota-anggota Cawangan Marin Selatan dan kemahiran tinggi anggota-anggota Unit Tindakhas Berjaya mematahkan banyak aktiviti-aktiviti penjenayah rentas sempadan dan perompak laut tersebut.

Salah satu kejayaan operasi ini yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini adalah kejayaan pasukan rondaan yang terdiri dari 3x anggota Polis Marin Wilayah Selatan,1x Pegawai Selam Tempur UTK dan 2x Anggota Tim Selam Tempur UTK Berjaya menawan dan menahan sebuah bot tempur Komando Pasukan Katak Negara jiran yang sedang melakukan rompakan keatas 2 buah bot dagang (barter trade) diperairan Tanjung Piai pada awal tahun 2001.

Pada Bulan April 2001 Dalam satu rondaan biasa waktu malam sebuah bot tempur RHIB dengan kekuatan 1x pegawai dan dan 5x anggota.(3 Marin dan 3 UTK) dalam kegelapan malam telah terserempak dengan sebuah bot laju yang dalam keadaan mencurigakan telah menyusup masuk jauh kedalam perairan Malaysia di Tanjung Piai.

Pasukan khas gabungan Marin dan UTK ini telah mengekori dan memantau dari jauh melalui teropong malam.Bot laju yang disyaki telah merapat dan disyaki melakukan samun keatas bot barter trade dari Indonesia yang sedang berada didalam perairan Malaysia.

Ketika Penjenayah sedang melakukan samun keatas bot yang ke 3 Pasukan Khas dengan pantas merapat dan menyerbu mereka.Salah seorang anggota UTK dengan ganas dan tangkas terus melompat kedalam bot musuh dan melepaskan tembakan amaran serta mengarahkan mereka agar tidak melawan. Manakala anggota lain memberi perlindungan.Musuh tergamam dan tidak sempat bertindak.

Anggota UTK dengan pantas merampas semua senjata api yang ada pada musuh namun tidak sempat digunakan.Ada senjata yang cuba disembunyikan namun dalam pengelidahan teliti Berjaya menemui sepucuk pistol Sig Sauer.

Siasatan mendapati 4 orang adalah anggota Komando Pasukan Katak manakala 2 lagi adalah orang awam yang bertindak sebagai penunjuk arah kawasan perairan Malaysia.

Berjaya dirampas didalam kejayaan ini adalah sebuah bot berkuasa tinggi bertulis ‘KOPASKA’,2 laras senjata tempur SS1 buatan Indonesia yang menggunakan peluru 5.56 yang sama seperti digunakan untuk senjata M16,satu laras SMG MP5,sepucuk pistol Sig Sauer dan sejumlah 205 butir peluru 5.56 dan 9mm.

Selain dari senjata,turut dirampas adalah hasil rompakan berjumlah beberapa Juta Rupiah serta sejumlah matawang asing.
(Rujukan kes Permas Rpt:260/2001)

Maklumat-maklumat yang diterima sebelum ini melalui risikan yang dilakukan mendapati memang terdapat sekumpulan lelaki bersenjata berat sering melakukan rompakan didalam kawasan perairan Malaysia kadang kala sehingga keKuala Sungai Batu Pahat

Selain dari kejayaan-kejayaan yang dicapai didalam Operasi pagang ini banyak lagi kejayaan-kejayaan lain Unit Tindakhas dalam membanteras jenayah dan keganasan antarabangsa dikawasan perairan negara yang tidak diceritakan dan atas dasar kerahsiaan.

Operasi Pagang telah Berjaya mengekang hampir 95 peratus kejadian rompakan dilaut dikawasan perairan Johor,Melaka dan Negeri Sembilan oleh Lanun dari Negara jiran.

Pegawai dan Anggota UTK terlibat dalam menawan Komando Pasukan Katak adalah

- Insp.Muhamad Abdul Halim (Tim Selam Tempur)
(Sekarang ACP dan bertugas di ESCOMM)

- Kpl Fauzi Othman (Tim Selam Tempur)
(Sekarang Sjn Masih bertugas di UTK)

- Kpl Jamaludin Ahmad Tinggal (Tim Selam Tempur)
(Bersara pada 2008 ceburi selam Professional Minyak & Gas).

TANGKAS BANTERAS GANAS.

- MALAYSIA DEFENCE REVIEW

Sumber Artikel / Kredit:
https://www.facebook.com/MalaysiaDefenceReview/
Foto kredit: FB Malaysian Defence and Security Community

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.063782 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list