"Kita tembak sahaja pengedar dadah."
Bung Mokhtar Raden selaku Ahli Parlimen Kinabatangan menggegarkan Dewan Rakyat apabila mencadangkan kerajaan mengikut pendekatan digunakan Filipina yang menembak pengedar dadah bagi menangani masalah dadah, lapor BH Online.
Foto: BH Online
"Masalah dadah ini, negara kita sudah menjadi seperti pusat pengeluaran dadah. Filipina sekarang boleh dikatakan sebagai 'sifar dadah' sejak Duterte (Presiden Rodrigo) masuk.
"Kenapa kita tidak boleh ikut cara Filipina. Kalau dia penagih kita penjara sahaja tanpa dakwa di mahkamah, kalau pengedar, kita tembak dia," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Foto: Huffington Post
Terdahulu, Bung Mokhtar pernah menyelar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disifatkannya gagal menangani masalah dadah di negara ini.
"Saya lihat AADK gagal menjalankan amanahnya kerana makin tahun, makin hari, semakin banyak kes dadah. Saya cadang AADK ini bubarkan sahaja.
"Buang duit rakyat dan duit kerajaan. Kaunseling juga tidak berkesan. Rakyat menunggu hasilnya tetapi tidak ada hasil, mesyuarat juga tidak ada hasil," katanya. - CARI |