CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3562|Reply: 10

ayat menenangkan diri

[Copy link]
Post time 28-11-2017 01:54 PM | Show all posts |Read mode
salam kepada rakan taulan dlm forum cari

mohon kepada rakan2 yang arif bab agama, jika ada ayat boleh menenangkan diri..tolong paste kat sini..
atau pm personal

dalam kebuntuan yang amat sangat seminggu dua ni.

selawat zikir..doa...mcm2 dah cuba..

dengan rendah diri..mohon sekali lagi...tolong saya.
terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2017 02:32 PM | Show all posts
istighfar 1000 kali

sunat taubat nasuhat

sunat hajat

baca alwaqiah

baca yasin 41 kali , sedara akak ada buat kena gangguan sihir alhamdulillah beransur walaupun makin banyak  yang di hantar dengan izin Allah makin sembuh.

yasin 41 kali boleh habis dalam 9 jam.

latih dulu 41 kali alfatihah selepas sunat subuh dan solat subuh.

bantuan pertolongan pasti tiba. usaha tetap usaha untuk selesaikan masalah jalan usaha, laluan akan di permudahkan. sangka baik kt Allah.

ada sedara akak cakap yasin 41 kerja susah kenapa tak berubat, perawat sendiri suruh buat amalan yasin 41.alhamdulillah yang amalkan beransur pulih. yasin 41 tu tak menyembuhkan atau beri bantuan hanya ibadah kepada Allah mohon hajat di perkenankan.

yang selesaikan masalah hanya Allah kita manusia mampu berusaha. usaha , kesihatan, akal fikiran semua dengan izin Allah. masalah datang menimpa dengan izin Allah. sihir dengan izin Allah. jadi kena yakin dan beramal untuk mohon minta padanya.



sesi berfikir :
> setiap masalah ada jalan penyelesaian
> fikir kepada jalan penyelesaian bukan kepada kemungkinan lagi teruk sesuatu masalah
> masalah perlu dihadapi dengan tenang bukan rungsing
> tenangkan fikiran dulu baru fikir jalan nak selesaikan masalah.
> pegang ayat ini " selagi nyawa di kandung badan rezeki takkan putus "





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 02:56 PM | Show all posts
terharu..

terima kasih byk..cili padi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong apa forumer 1st tu tulis.
Melalui pengalaman lah, bila aku buntu dan tiada manusia untuk aku mengadu, aku buat solat taubat. Ada banyak jenis, aku suka yang baca dalam sujud terakhir 41x doa nabi yunus (la ila hailla anta, subhanaka inni kuntu minadzalimiin). Bila buat sepertiga malam sambil hati ingin mengadu pada yang Esa, konfem akan menangis dalam sujud tu. Kalau berat untuk bagun sepertiga malam, lepas solat Isya pun boleh. Janji hati tu ikhlas. Istighfar banyak2 selepas solat dan sentiasa sepanjang masa.
Kemudian, pada aku penawar hati yang sangat mujarab ialah surah yaasin. Bacalah seberapa banyak yang mampu.
Selain itu surah yang aku rajin recite ialah, Al-Mulk, As-Sajdah dan Al-Waqiah. Setiap satu surah jika lancar cuma ambil dalam 5 minit. Kalau belum lancar, recite lah selalu, insyaallah.
Jangan putus asa. Kadang tu kita tak sabar dan give up padahal jika kita tunggu satu langkah lagi (contoh) Tuhan bagi apa yang kita minta. Redha diatas ketentuaNya. Rahmat Tuhan itu besar.
Semoga dikurniakan ketenangan hati buatmu dik dan dipermudahkan perjalanan hidupmu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 03:55 PM | Show all posts
terima kasih nenas... terharu

rasa sedikit tenang lps baca nasihat dan tips...

sambil beristigfar..dengar ayat2 al-Quran
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2017 07:37 PM | Show all posts
zikir


baca al mathurat

dalam tu ada doa ....yes

perhatikan bait bait doa


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2017 09:50 AM | Show all posts
terima kasih mod...

sy dah print semua tips dan nasihat...akan usaha juga amalkan

moga2 ilang segala kebuntuan dlm diri saya ni

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:38 PM | Show all posts
ratna replied at 29-11-2017 09:50 AM
terima kasih mod...

sy dah print semua tips dan nasihat...akan usaha juga amalkan

wooo
dah dekat seminggu dah ye
tentu dah ok sikit

ni sikit je utk direnung2kan, difikirkan barang sejenak

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Qs. ar-Ra’du: 28).

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (QS. ath-Thalaaq: 2-3).


Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Rabbmu (al-Qur’an) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada (hati manusia), dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Qs. Yuunus: 57)




.....pasal aku sendiri pun bukannya faham sangat pun



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 11:28 AM | Show all posts
orangbesi replied at 5-12-2017 09:38 PM
wooo
dah dekat seminggu dah ye
tentu dah ok sikit

Assalamualaikum orangbesi,

boleh explain apa itu taqwa?  
sebabnya...... nampak macam kalau tak faham atau salah faham 'taqwa' tu payah juga nak mencapai macam dalam ayat-ayat yang OB bagi tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 04:42 PM | Show all posts
alhamdulillah...wpun masalah lom selesai tp hati tenang sedikit skang ni ...

sy amalkan doa yg mod mbh bagi tiap kali nak mulakan kije..tkasih mod

bacaan yasin 41kali lom ckup ..tgh berusaha lg

moga2 Allah bagi jalan penyelesaian kpd masalah saya..terima kasih semua


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 08:14 PM | Show all posts
ibnur replied at 6-12-2017 11:28 AM
Assalamualaikum orangbesi,

boleh explain apa itu taqwa?  

Wasalam

org yg ditanya ni pun sebenarnya bukannya faham sangat pun......
pasal perkara berkaitan HATI - IMAN, TAKWA, EKHSAN
ni semua HAK MUTLAK ALLAH jua - yg MENJAGA, MENILAI dan MENGETAHUI

kita sebagai makhluk ni hanya leh sembang sikit2 je (tu pun banyak yg laghonyeeee)
atau sekadar bicara je - mulut cakap lain hati berdetak yg lain
jadi lupakanlah barang seketika tentang mulut
maka biarkanlah MATA je yg BERZIKIR
TELINGA yg BERZIKIR
TANGAN yg BERZIKIR
KAKI yg BERZIKIR
semua sekalilah anggota tuuuu kecuali mulut


SEAWAL IBADAH ITU DIAM
(persoalan: NABI masa kat gua hira tu, dok berzikir apa yeeee)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.076319 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list