Edited by mbhcsf at 28-11-2017 08:25 AM
Kembali kepada pendidikan berlandaskan Ahlus Sunnah Waljamaah
laman sesawang asal :
http://www.yadim.com.my/v2/?p=31200
Oleh SIDEK BABA Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba adalah Profesor Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Banyak faktor yang menyebabkan penyimpangan akidah berlaku dan umat Islam menjadi celaru dan keliru dan dikatakan ada yang murtad. Rasulullah SAW dalam hadisnya menyebutkan, di akhir zaman akan terdapat 73 firkah (kumpulan), Allah akan menerima satu firqah saja iaitu yang berdiri atas pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Wujudnya firqah ini bukan perkara baharu. Ia terjadi sejak dulu lagi kerana banyak sebab. Selalunya firqah ini terbina kerana mencari cara bagaimana Islam harus berperanan untuk bereaksi kepada situasi yang dinamik dan akhirnya berlaku penyimpangan dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
|