Teguk racun stres hutang belajar
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/287619/teguk-racun-stres-hutang-belajar
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2017 @ 10:36 AM
Abnor Hamizam Abd Manap
[email protected]
GAMBAR dibulatkan adalah Ketua Polis Jelebu, Deputi Superitendan Kamarul Rizal Jenal.
WANITA bertindak meneguk racun rumpai di rumahnya di Simpang Durian, Jelebu.
Ketua Polis Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 44 tahun melakukan sedemikian pada kira-kira 1 tengah hari, semalam.
Katanya, kejadian disedari anak lelaki wanita itu berusia 11 tahun sebaik mendapati ibunya terbaring berhampiran stor dalam keadaan mulut berbuih.
“Sehubungan itu, anak wanita itu memberitahu neneknya mengenai kejadian itu. Wanita itu kemudian menghubungi menantunya,” katanya.
Kamarul Rizal berkata, suami wanita terbabit yang berada di Kuala Pilah pulang ke rumah dan membawa isterinya ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
“Berdasarkan siasatan, wanita ini dikatakan kemurungan di samping tertekan selepas diminta menjelaskan hutang pengajian. Dia kini dalam keadaan stabil,” katanya.
|