CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5294|Reply: 38

Patutlah Kena Caj RM600, Rupanya Ambil Kari Kepala Ikan Saiz XL!!

[Copy link]
Post time 24-11-2017 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Kecoh di laman sosial tentang dakwaan seorang lelaki yang tidak berpuas hati selepas dicaj RM600 bagi empat mangkuk hidangan kari kepala ikan di sebuah restoran.


Rupanya hal ini selepas disiasat, barulah diketahui mengapa lelaki berkenaan dicaj sedemikian rupa. Dikatakan dia telah mengambil hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk 17 orang makan, Harian Metro melaporkan. Padanlah!


Meskipun pihak restoran itu mendapat kecaman orang ramai kerana meletakkan harga yang terlalu tinggi namun siasatan KPDNKK menjawab segala persoalan.


Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!




Memetik Harian Metro, siasatan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran itu berharga dari RM50 hingga RM150 mengikut saiz X, M, L dan XL.


Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Roslan Mahyuddin juga berkata pihak restoran telah meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman di situ.


"Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.

"Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian," katanya.


Bagi pihak restoran, ia telah dikenakan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 agar memberi maklumat lanjut mengenai hidangan tersebut dalam masa 19 hari.


Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!




Pun begitu, Roslan turut kesal dengan tindakan pelanggan yang menularkan resit itu tanpa memberitahu butiran lengkap hingga menyebabkan masyarakat keliru.

"Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidang empat kepala ikan yang dicaj RM600.

"Ia seolah-olah hidangan untuk seorang sahaja, sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang," katanya.


Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial terdapat pelbagai reaksi berbeza di kalangan netizen.


Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!



Ada yang menganggap harga tersebut masih masih mahal untuk harga semangkuk.


Namun ada juga yang menyindir pihak lelaki itu, mahu makan kari kepala ikan merah dengan harga yang murah.


Apa pun, sentiasa bertanya dan jangan malu untuk mendapatkan harga makanan terlebih dahulu sebelum membeli agar tidak terkejut dengan harga-harga luar biasa ketika membayarnya nanti.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg gebang lebeh la klau btul. Sja nak glemer la tewwwww
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala ikan ni dr tahun 1990 macam tulah harga. Ikut ikan, saiz. Nak viral punya pasal padahal baru kluar dari gua kelam. Harap depa yang macam ni disaman pihak berbabit. Use soc med with care.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan aku dah kata. Sana ada tanda harga. Ada saiz. Dia bantai ambil 4 paling besar pastu merempan rempan. Pastu dia bilang dia penah makan kat tempat lain. Level pengarah tapi common sense tadak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 05:26 PM | Show all posts
nak murah gi makan kt kedai ketuanan
tp ahad selalu tutup...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 05:42 PM | Show all posts
kedai mana tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kari kepala ikan dah berkurun mahal, apa lagi ikan merah. Kepala ikan merah mentah di pasar pudu yang becak tu pun mahal
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 07:42 PM | Show all posts
Nak murah makan kepala ikan kembong jelah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Saiz XL tu berapa kilo? Dah tu fresh ke yang dah simpan 3 bulan dalam fridge berangan nak caj 150 hengget?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape yg sedap eh kepala ikan ni.bukan ade isi pon.selera org mcm2 .
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy xminat kari kepala ikan tp aware ler harga die memang mahal dr dulu lg...y mkn tu pun xkan ler x tanya berapa ringgit kalau amek saiz sekian,sekian...dah jd mcm macik daging tu..kecoh nak viral,kan dah memalukan diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
estrelle replied at 24-11-2017 08:25 PM
Ape yg sedap eh kepala ikan ni.bukan ade isi pon.selera org mcm2 .

Sedap mkn yg liat2 kat kepala tu..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:17 PM | Show all posts
biji mata sedap sedut
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:17 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 24-11-2017 10:05 PM
Sedap mkn yg liat2 kat kepala tu..haha..

biji mata sedap sedut
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 24-11-2017 10:17 PM
biji mata sedap sedut

Biji mata xpenah lagi mkn..sebab ada 2biji je, bg org yang lebih tua la mkn..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 11:36 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 24-11-2017 10:25 PM
Biji mata xpenah lagi mkn..sebab ada 2biji je, bg org yang lebih tua la mkn..hihi

bagusnya.. very good

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 12:30 AM | Show all posts
Nasib baik aku tak makan kepala ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat gamid gurkha gosok gigi ikan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 24-11-2017 10:25 PM
Biji mata xpenah lagi mkn..sebab ada 2biji je, bg org yang lebih tua la mkn..hihi

Sape yg suka makan biji mata ni diaorang kata akan jadi cepat pelupa. Contohnya adik sy. Dia suka makan mata ikan dan selalu terlupa barang haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 08:08 AM | Show all posts
izzat1987 replied at 25-11-2017 03:36 AM
Sape yg suka makan biji mata ni diaorang kata akan jadi cepat pelupa. Contohnya adik sy. Dia suka  ...

Kalau ikut pemahaman MIL kita,kepala ikan kalau dimakan mmg blh jd pelupa.sbb tu kepala ikan mmg dia x kasi bdk2 yg tgh belajar mkn.biarpun kepala ikan kembung.Btw dr dulu harga kari kepala ikan mmg mahal.sedangkan yg saiz tapak tangan kita pun pernah kena caj rm90 semangkuk.sotong dgn udang jgn tanyalah,amik seekor pun blh cecah rm20 sepinggan.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.534367 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list