CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2862|Reply: 16

[Tempatan] Terkejut jumpa duit RM11 juta!

[Copy link]
Post time 24-11-2017 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Terkejut jumpa duit RM11 juta!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 12:25 PM

Junaidi Ladjana
[email protected]


Wang ditemui anggota Jabatan Imigresen Sabah sempena 'Ops Gegar' di kota Kinabalu.

DIANGGARKAN hampir RM11 juta wang tunai ditemui dalam dua serbuan berasingan termasuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu, kira-kira jam 1 pagi hari ini.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Sabah sempena 'Ops Gegar'.

Menurut sumber, serbuan lakukan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel.

"Hasil serbuan itu, anggota penguat kuasa menahan beberapa individu dan pemeriksaan lanjut menemui hampir wang tunai berjumlah lebih RM8 juta.

"Susulan itu, pihak berkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen berhampiran hotel berkenaan dan menemui wang tunai lebih RM1 juta," katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, semua wang tunai yang ditemui dirampas untuk siasatan lanjut.

"Pengiraan masih dilakukan bagi mengetahui jumlah sebenar wang yang dirampas dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Sabah dijangka membuat sidang media berkaitan kejadian itu, petang ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira2 rupanya 11 juta je....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok lusa pegawai yang buat serbuan tu dituduhnya amik rasuah ///9naga///
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 01:54 PM | Show all posts
alamak..duit aku tu..tercicir hari tu...siapa curi...khekk puithhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 01:55 PM | Show all posts
level rasuah malaysia dah main juta billion, gaji kita masih ribu ratus je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cehhhh! Aku ingatkan netizen yg jumpa duit rm11juta
Kalau penguatkuasa yg jumpa..sekejap je berkokok riuh sekampung

Lepas tu senyap sunyi je la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2017 02:46 PM | Show all posts
lol
lastly masuk hasil jugak
baik senyap2 bahagi sikit sorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 24-11-2017 06:17 AM
Cehhhh! Aku ingatkan netizen yg jumpa duit rm11juta
Kalau penguatkuasa yg jumpa..sekejap je berkoko ...

Kehkehkehkeh....

Buat2 terkejut plak....lain la rakyat marhein yg jumpa dan pulangkan kat RM11 juta kat balai polis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 24-11-2017 06:49 AM
Kehkehkehkeh....

Buat2 terkejut plak....lain la rakyat marhein yg jumpa dan pulangkan kat RM11  ...

Ingat netizen ni bodo ke apa..
Tak yah nak terkejut2 sgt la..
Mcm la tak pernah ada kes gini..kes yg dulu tu duit penuh berjuta2 dlm lemari pejabat..kecoh jap je ..ujung2 senyapp
Cam yalll .
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 07:26 PM | Show all posts
RM 11juta kalau ada nak beli panda 2 ekor sbb panda kt malaysia dah pupus dik yang ada tapir je
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 09:28 PM | Show all posts
citttt.  Ingatkan marhein yg jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 25-11-2017 10:10 PM

duit hasil bisness  pelacuran rupe nya. bukan jual dadah je jd kaya.jual orang lg massuk. berharga jgk ayam pinoy
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 09:12 AM | Show all posts
duit btl ke atau palsu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 09:28 AM | Show all posts
jumpa duit ... tapi tak jumpa orang yg punya duit! lagi terkejut! lainlah jumpa 4 5 ringgit!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 09:28 AM | Show all posts
sedang duit halal pun letih kena isi macam2 borang even nak transfer akaun je pun.....

apalagi duit haram ni memang kena simpan cash lah takmo ada rekod.... motif terkejut?

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2017 11:22 AM | Show all posts
kdai judi haram, closed account satu bulan bole income rm3juta,
apela sgt rm11 juta tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dah untung bisnes haram juta juta mana boleh simpan bank .nanti kena siasat.lagi selamat simpan dlm laci atau tilam bantal sebelum bwk cuci cuci kt seberang selat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.088229 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list