Curi duit masjid bayar ah long
http://www.kosmo.com.my/negara/curi-duit-masjid-bayar-ah-long-1.558776
Noor Hasliza Nusi
23 November 2017 3:00 AM
GEORGE TOWN – Seorang janda diberkas selepas disyaki melakukan kegiatan mencuri barang berharga milik jemaah wanita di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) dan surau Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi membayar hutang ah long.
Wanita berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pemandu Uber itu ditahan pengawal kese-lamatan USM ketika mahu mengeluar-kan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam kawasan masjid ber-kenaan sebelum diserahkan kepada polis pada pukul 6 petang kelmarin.
Difahamkan, perbuatan wanita itu dihidu pasukan keselamatan terbabit selepas menerima banyak aduan daripada jemaah dalam kalangan pelajar dan kaki-tangan universiti terbabit sejak awal tahun ini.
Suspek berasal dari Sungai Batu, Bayan Lepas mempunyai empat anak dengan anak sulung merupakan orang kelainan upaya (OKU) berusia 16 tahun. Anak kembar berusia enam tahun dan seorang lagi 14 tahun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima seba-nyak 20 laporan berhubung kes kehilangan barangan berharga milik jemaah di dua masjid ber-kenaan dengan kerugian dianggarkan bernilai RM30,000.
|