|
Kari kepala ikan, sekali 'pekena' fuh memang mantap! Pekat, beraroma, cukup rasa semestinya hidangan yang dicari-cari ramai.
Bukan senang nak dapat masakan yang memuaskan hati tapi senarai di bawah ini bakal membuat anda rasa nak pergi sekarang juga!
Ini senarai tempat untuk makan kari kepala ikan paling popular dan sedap di Kuala Lumpur
Restoran Ahamed Kari Kepala Ikan Stadium Merdeka
Restoran ini pernah berpindah sebanyak dua kali, dari Jalan Imbi, Stadium Merdeka dan sekraang di Jalan Lumut. Kena cuba ya, tak jauh dari Hotel Vistana. Jalan kaki je!
Alamat: No 28, Jalan Lumut, Damai Kompleks 50400, KL
Foto: kaki.sini.com.my
Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok
Penggemar makanan mamak memang kenal sangat dan kalau nak rasa original kari boleh datang ke sini. Gerainya kecil sahaja di bawah pokok ketapang
Alamat: Lorong Aras Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, KL
Foto: kaki.sini.com.my
Restoran Kudu Bin Abdul
Restoran yang terkenal dengan menu nasi kandar dan kari kepala ikan ini memang menjadi tumpuan warga kota. Suasana di sini masih mengekalkan ciri era 70. Memang klasik!
Alamat: No 335, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL
Foto: kaki.sini.com.my
Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Attap (Restoran ZK)
Pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata nak makan kari kepala ikan. Buka dari 11 pagi hingga 3 petang.
Alamat: No 76, Jalan Kampung Attap, KL
Foto: kaki.sini.com.my
Restoran Kari Kepala Ikan Kampong Pandan
restoran ini memang mendapat review yang baik dari banyak blogger dan sekaligus menjadikannya popular.
Alamat: No 2, Lorong Yap Kwan Seng, KL
Foto: kaki.sini.com.my
Ministry of Fish Head Curry (MOF)
Tempat makan yang selesa dan restoran ini mengetengahkan cara masakan dari India. Rugi tak cuba.
Alamat: LG12, GLO Mall, Jalan Damansara, TTDI, KL
Foto: kaki.sini.com.my
Restoran Kari Kepala Ikan Sri Gombak
Tak kira bangsa, semua datang ke restoran ini sebab kari kepala ikannya memang menjilat jari.
Alamat: 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor
Foto: kaki.sini.com.my
Okay, mana satu agak-agaknya pilihan hati? -CARI |
|