View: 56336|Reply: 2604
|
[V59] ALL ABOUT FATTAH AMIN **Gosip status Fattah & Fazura rancak dibincang
[Copy link]
|
|
ALL ABOUT FATTAH AMIN
VOLUME 59
|
|
|
|
|
|
|
|
Fattah, Fazura bernikah?
Jelas spekulasi dalam sidang akhbar pada 23 November
Ifqdar Rahman Dan Muhammad Azrul Mohd. Radi
16 November 2017 3:00 AM
SPEKULASI pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin sudah bergelar suami isteri semakin kuat apabila mereka dilaporkan berlepas ke Mekah bagi menunaikan umrah bersama-sama, semalam. Bagaimanapun pasangan tersebut hanya akan mengesahkan status mereka sejurus pulang dari Tanah Suci itu 23 November ini.
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Pasangan pelakon romantik, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin terus ber-teka-teki mengenai status hu-bungan mereka.
Kedua-dua pelakon itu sepakat mengunci mulut tanpa memberi pengesahan sama ada mereka benar-benar sudah bernikah malam tadi atau bertunang di sebuah rumah dipercayai kediaman nenek pelakon wanita itu di Pe-taling Jaya, Selangor seperti yang digembar-gemburkan.
Dalam masa sama, pasangan pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu yang dite-mani keluarga masing-masing berlepas ke Mekah hari ini untuk menunaikan ibadah umrah.
Sejak malam tadi juga, laman sosial In-stagram Fattah dibanjiri ucapan tahniah oleh lebih 1,500 pengikutnya selepas aktor itu memuat naik foto Kaabah de-ngan kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan.”
Ucapan tahniah daripada netizen dan peminat itu seakan memberi andaian pernikahan itu dilakukan mereka bagi memudahkan Fattah membawa Fazura mengerjakan umrah bersama selepas sah bergelar suami isteri.
Berkemungkinan besar pasa-ngan berkenaan melangsungkan pernikahan di Mekah apatah lagi dengan kehadiran keluarga terdekat Fattah dan Fazura dalam rombongan itu.
Sebelum ini, Fattah, 27, dan Fazura, 34, dilaporkan telah memilih tarikh 13 November lalu untuk mengikat tali pertunangan namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat mereka.
Sekalipun beza jarak usia antara Fattah dan Fazura sebanyak tujuh tahun, namun perkara itu tidak menjadi alasan buat aktor tampan itu untuk menerima jodoh jika ditakdirkan.
“Saya terima sahaja siapa bakal isteri sama ada yang lebih muda atau lebih tua daripada saya. Apapun, harap semua pihak dapat doakan yang baik-baik sahaja buat kami,” katanya mengulas tentang kemesraan yang terjalin antara dia dan Fazura.
Semenjak beberapa bulan lalu, hubungan Fattah dan Fazura menjadi bahan perbualan dalam kalangan peminat mereka.
Fattah secara terbuka pernah mengungkapkan Fazura merupakan seorang wanita menakjubkan yang pernah ditemui dalam hidupnya.
Fazura juga sebelum ini me-ngakui Fattah merupakan lelaki yang paling dekat dengannya.
“Buat masa ini, ha-nya Fattah saha-ja yang berani men-dekati sa-ya, malah sejujurnya saya selesa berkawan de-ngannya. Mung-kin sebab kami pernah berlakon bersama, selalu berjumpa jadi keserasian dan keselesaan itu masih ada,” ujar pelakon jelita kelahiran Pekan, Pahang itu lagi.
Persoalan sama ada pasangan itu sudah ber-kahwin atau bertunang hanya akan ter-jawab sekembali mereka dari Tanah Suci.
Fattah dan Fazura bakal mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan hubungan mereka pada 23 November ini.
“Berkaitan per-ka-ra ini, pihak Fat-tah Amin dan Nur Fazura akan me-ngadakan satu sidang akhbar pada 23 November 2017. Lokasi serta masa acara itu akan dikongsikan dalam waktu terdekat,” kata wakil pengurusan Fattah dan Fazura dalam satu kenyataan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan ... 53568#ixzz4yZk5VrFW
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Heboh Fattah, Fazura Nikah Malam Tadi
Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 7:17 AM
Fattah dan Fazura dilaporkan bernikah secara senyap namun tiada pihak yang dapat mengesahkan berita itu. FOTO: Instagram Fattah Amin
PETALING JAYA: Spekulasi bertiup kencang sejak malam tadi (Selasa) kononnya pelakon Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.
Pasangan berkenaan dikatakan bernikah di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya namun tiada pihak yang berani mengesahkan perkara itu termasuklah pasangan berkenaan.
Sejak malam tadi, terdapat beberapa ucapan mengenai perkahwinan itu di status Instagram milik Fattah Amin menerusi gambar Kaabah yang dikongsinya selepas dia menulis kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan.”
Bagaimanapun pada awal malam Selasa, mesej ucapan itu telah hilang mungkin dibuang oleh pengendali laman sosial berkenaan untuk mengelak berita kesahihan khabar angin itu terus diperkatakan.
Perkongsian gambar Kaabah ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat Fattah Amin.
Namun pada awal pagi Rabu, beberapa mesej tahniah mula muncul pada status berkenaan daripada peminat yang antara lain memberi andainan pernikahan itu dilakukan mereka bagi memudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab mereka suami-isteri.
Dalam pada itu tinjauan sebuah portal berita mendapati rumah nenek Fazura dipenuhi tetamu namun tidak dipastikan majlis apa yang dilakukan selain kawasan rumah berkenaan dikawal ketat, hanya tetamu terpilih sahaja dibernarkan menghadirinya.
Sementara itu wakil artis berkenaan dan pihak pengurusan mereka juga mengunci mulut berhubung perkara itu.
Pasangan berkenaan dijadualkan akan berangkat mengerjakan umrah pada pagi Rabu.
Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.
Fattah dan Fazura digosipkan bercinta selepas mereka bergandingan dalam drama 'Hero Seorang Cinderella'. FOTO: Instagram Fattah Amin.
Sebaliknya Fattah berjanji tidak akan merahsiakan hal berkenaan selain meminta doa yang baik-baik sahaja buat mereka.
Mereka juga pernah dilaporkan akan bernikah di Makkah namun atas beberapa faktor, pernikahan awal terpaksa dilakukan sebelum kedua-duanya boleh mengerjakan umrah sebagai suami-isteri.
Pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella dan bermula dari itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/15/fattah-fazura-nikah/#wALqpBKU3PAXzjoQ.99 |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada permohonan nikah Fattah, Fazura
Fuad Hadinata Yaacob
[email protected]
PEJABAT Agama Islam Daerah (PAID) Petaling tidak menerima sebarang permohonan pernikahan daripada pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura setakat ini.
Jurucakap PAID Petaling berkata, untuk pasangan yang hendak melangsungkan pernikahan permohonan itu perlu dikemukakan kepada pejabat agama Islam daerah di mana seseorang itu bermastautin.
Bagaimanapun katanya, tiada permohonan nikah diterima daripada artis berkenaan.
"Sehingga hari ini (semalam) kami tidak menerima sebarang permohonan nikah daripada mereka.
"Kita pun ada dengar mengenainya (spekulasi kedua-dua pelakon itu bernikah) namun setakat ini tiada apa-apa permohonan lagi," katanya, hari ini
Kedua-dua pelakon itu didakwa bernikah malam tadi pada satu majlis tertutup di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya.
Bagaimanapun Pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau Acha mengesahkan majlis itu adalah kenduri dan doa selamat sempena kedua-duanya mengerjakan umrah.
Kedua-dua pelakon berkenaan berlepas ke Tanah Suci kira-kira jam 12.10 tengah hari tadi menerusi pesawat Saudi Arabian Airlines SV841 bagi menunaikan umrah bersama keluarga terdekat.
Turut sama mengerjakan umrah adalah ibu dan bapa Fattah Amin selain ibu, adik serta bapa saudara Fazura.
Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 November ini dan akan mengadakan sidang media selepas itu.
Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.
Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah Amin terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella.
Sejak itu timbul gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 6:38 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by melnanzz at 16-11-2017 08:19 PM
Dengan kawan baik pun Fattah berahsia
Najiy Jefri
[email protected]
Sherry (kanan) doakan Fattah-Fazura bahagia. Ezzam adalah kawan baik Fattah (kiri). FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/YouTube
“FATTAH ada bercerita akan berkahwin tetapi itu saja,” kata kawan baik Fattah Amin, Ezzam Ezzairy.
Ezzam yang juga pelakon, berkawan baik dengan Fattah selepas sama-sama menyertai pertandingan Hero Remaja pada 2011.
Katanya, mereka sangat rapat dan tiada rahsia antara mereka.
“Waktu bertemu dengannya bulan lalu, Fattah ada memaklumkan akan berkahwin tetapi tidak bercerita lebih lanjut. Fattah kata doakan yang baik-baik dan tunggu kad jemputan apabila sampai waktunya.
“Apabila keluar berita mengenai pernikahannya, saya ada menghantar mesej untuk bertanya tapi mesej saya tidak berbalas,” katanya.
Pelakon Bintang Di Kalbu itu mengaku tahu hubungan yang terjalin antara Fattah dan Fazura tetapi tidak pernah masuk campur.
“Saya hanya dengar orang bercakap mengenainya tapi saya tak pernah bertanya secara langsung,” katanya.
Teka teki mengenai pernikahan Fattah dengan Fazura terus menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya enggan mengulas mengenai majlis tertutup yang diadakan di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya, pada Selasa lalu.
Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi juga tidak dibenarkan masuk kerana kawalan kepada setiap tetamu yang datang sangat ketat.
Kehadiran keluarga Fattah dan Fazura di majlis itu menguatkan lagi khabar angin mereka bernikah pada malam itu.
Pasangan ini berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah jam 12.10 tengah hari Rabu lalu dan enggan mengulas perkara itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Fattah berjanji akan menjelaskannya dalam sidang akhbar yang akan diadakah selepas mereka pulang nanti pada 23 November.
Sebelum ini, Fattah dan Fazura dikatakan memilih 13 November sebagai hari pertunangan mereka tetapi kedua-duanya memilih untuk mengunci mulut.
Bekas kekasih Fattah, Sherry Ibrahim tumpang gembira jika benar Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang.
“Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik.
“Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing.
“Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia," katanya.
Sherry lega apabila tiada pihak bertanya mengenai status hubungan Fattah dan Fazura dengannya.
"Memang tiada siapa yang menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan mengenai kesahihan cerita yang tersebar kecuali ada yang beritahu mereka sudah bertunang.
"Sebagai wanita yang pernah rapat dengan Fattah, saya lega apabila tiada pihak membandingkan saya dengan mana-mana wanita yang dikaitkan dengannya selepas saya.
“Saya tiada masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Jika ada yang bertanya, saya anggap ia hanya sekadar pendapat dan saya mendoakan yang terbaik buatnya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 6:53 PM
Artikel penuh click di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tnk you Mel
Misty tak kisah dah nikah ke tunang sebab confident semacam that dey b 2gether always |
|
|
|
|
|
|
|
Misty21 replied at 16-11-2017 03:20 PM
Tnk you Mel
Misty tak kisah dah nikah ke tunang sebab confident semacam that dey b 2gether always ...
same thing here |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kaka @shaynina jom sambung joyah kat sini
Pasal meeting iman tu jd duta ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Nur9786 replied at 16-11-2017 03:22 PM
ya allah, manisnyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sampaikan 23hb mau bertingkat2 lagi rumah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
suzy_2912 replied at 16-11-2017 03:24 PM
Kaka @shaynina jom sambung joyah kat sini
Pasal meeting iman tu jd duta ape?
masih lom confirm chu ols...sebab kena tgk schedule dedua dulu...sebab dedua busy nak mampos...pojek next year |
|
|
|
|
|
|
|
alaa...dah 2x kena tinggal kat benang lama...berialaa taip panjang2 rupanya semua dah pindah...
nak copy paste jap...
ok...nak buat spekuan jugak..
iolls speku diorang dah nikah..senyap2 but suwit namatey..then pc 23rd nih untuk reveal resepsi date and berita dah nikah..kenapa? kerana hal2 peribadi yang tak dapat diberitahu (walaupun benang berpagar dah boleh agak kenapa)..boleh copy paste statement umie nazeera adik bff faz..yelaa, takkan hal personal pun diorang takleh keep to them self..lepas tuh LB mulalaa kutuk dan keji macam2 kata dah kena tebuklaa, fattah kena paksalaa apa tapi as usual fattah dengan kesabaran yang tinggi diam ajer and fazura fliphair sajork go to hell korang mulut2 hansuang tanggunglaa dosa memfitnah..
sekian spekuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka masuk booking tmpt kosong yee.. smbil2 nunggu pc on 23rd.. kaka mohon sgt kt bng nih klu bole dh x mo dh sbut2 psl exes frm hell utk bride n groom. #eh |
|
|
|
|
|
|
|
suzy_2912 replied at 16-11-2017 03:24 PM
Kaka @shaynina jom sambung joyah kat sini
Pasal meeting iman tu jd duta ape?
bukan produk kecantikan yg pastinyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
shaynina replied at 16-11-2017 03:27 PM
bukan produk kecantikan yg pastinyaaaa
Woww..mendonia lagi nur fazura! Rezeki kawin..eh! |
|
|
|
|
|
|
|
coyote_ugly0911 replied at 16-11-2017 03:27 PM
Kaka masuk booking tmpt kosong yee.. smbil2 nunggu pc on 23rd.. kaka mohon sgt kt bng nih klu bole d ...
Betul... sokong sgt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|