Usahawan kosmetik Safiey Ilias yang pernah menjadi tular sedikit masa dahulu kerana membuat perubahan positif ke atas identiti jantina, meluahkan rasa kecewa menerusi laman Instagram.
Dia yang mengambil keputusan untuk berubah dari menjadi seorang maknyah kepada lelaki menerusi penampilannya mendapat banyak respon positif.
Pun begitu, baru-baru ini Safiey menerusi Instagram dilihat seakan kecewa kerana masih ramai mereka di luar sana yang menyamakannya dengan Nur Sajat.
Kerana Sajat, Safiey Ilias Nak Jadi Pondan Balik Ke?
Malah, ada pula yang memanggilnya dengan nama Sajat.
"Nape eh semua panggil saya Sajat.
"Lagi-lagi remaja kadang saya pun pening bila keluar tiba orang cakap hi Sajat.
Namun, ramai yang terkejut kerana Safiey seolah memberi 'clue' yang dia mahu menjadi perempuan semula.
"Ke kena jadi perempuan balek ni baru orang tahu beza.
"Boleh je nak jadi perempuan balek. Kang viral.."
Kerana Sajat, Safiey Ilias Nak Jadi Pondan Balik Ke?
Adakah Safiey kecewa kerana perubahannya menjadi lelaki masih lagi tidak diterima dan masih ramai yang menganggap dirinya maknyah?
Netizen pula melarang Safiey berbuat demikian dan menyokong apa sahaja perubahan positif yang dilakukan sekarang.
"Jangan Safiey, terus jadi lelaki.
"Semoga dikuatkan iman dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Alahai, takkan kerana Sajat, Safiey nak jadi perempuan semula. Apa pula pendapat anda? - CARI |