CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17389|Reply: 80

"Saya Tak Berani Komen Pasal Mas Idayu" - Pak Ngah

[Copy link]
Post time 15-11-2017 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Sejak tular video penyanyi popular Mas Idayu memarahi salah seorang peserta D'Academy Asia musim ketiga (DAA3) iaitu Baby Shima, bermacam kritikan dan hencapan netizen membanjiri ruangan komen di laman sosial.




Foto: IG Baby Shima




Hebat betul penangan isu terbabit sampaikan ada netizen bertindak memuat naik video parody Mas Idayu ketika itu.







Memetik Sinar Harian, salah seorang juri dari Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah menyatakan dia tidak mahu campur tangan berhubung kejadian itu.

"Saya tidak tahu apa cerita sebenar yang berlaku, sebelum, semasa atau selepas kejadian tersebut. Jadi tak berani nak komen.

"Saya pun hanya tengok melalui internet sahaja video yang tular itu.  Tapi tengok macam marah sangat, terkejut juga, tak tau apa isu sebenarnya," katanya.




Foto: IG Mas Idayu





Mungkin ramai tidak mengenali Baby Shima sebelum ini termasuklah Pak Ngah sendiri. Namun, selepas peserta berkenaan menyertai DAA3, barulah Pak Ngah mengenalinya dan melihat personaliti Baby Shima menyerlah sebagai artis.

"Dia cantik, menarik, boleh menyanyi, cuma untuk pertandingan yang besar seperti ini nilai, kualiti perlu lebih lagi untuk pergi lebih jauh.

"Dia juga rajin buat latihan.  Setakat ini mungkin dia kekurangan dari segi teknik.  Gagal hari ini tidak bermaksud gagal selamanya.  Mungkin pada masa akan datang jadi lebih berjaya.

"Untuk pengetahuan, Baby Shima pernah tersingkir sekali sebelum ini, kemudian dimasukkan semula melalui sistem wildcard. Jadi dari situ, kita boleh lihat sebenarnya dia ada potensi dalam diri untuk diketengahkan. Cuma mungkin belum rezekinya kali ini," jelas Pak Ngah.




Foto: Sinar Harian



Selain Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, One Forteen juga merupakan peserta dari Malaysia, manakala Pak Ngah merupakan salah seorang juri dari Malaysia selain Zul 2by2. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Marketing semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:02 AM | Show all posts
pak ngah, buat comeback please.
i miss irama malaysia.





Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
xnak terlibat kee
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:10 AM | Show all posts
capiloton replied at 15-11-2017 11:02 AM
pak ngah, buat comeback please.
i miss irama malaysia.

i pun miss lagu lagu irama malaysia nih... masa muzik muzik dulu meriah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:12 AM | Show all posts
sian jenuh control last2 toyak jugak baby shima
menda tah! over nau... nak komen jangan la sampai menjatuhkan air muka peserta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2017 11:27 AM | Show all posts
tak pernah aku tgk juri komen terpekik terlolong mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:30 AM | Show all posts
macam bagus sangat mas idayu nih
masa mula2 jadi retis pun hauk gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak ngah ni pun laser jugak.. dia komen kat gv terkejut nabil
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:21 PM | Show all posts
ahh! marketing je nih
kalau sesapa yg pernah follow DAA dari musim satu fahamlah macam mana permainan derang

cuma tahun ni benang DAA kat CAri ni pun sendu.
rating derang jatuh giler kot. penat je bayar Mas Idayu mahal2 jadi komentator kenalah berlakon lebih2..

tengoklah..tular kan kes ni.. siap buat parodi lagi.. senyu orng Indosiar
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:05 PM | Show all posts
better ambik Pak Ngah @ A Rahman Hassan sbg guest jury kat GV dpd guest2x jury mcm Jalaludin Hassan, Yusof Haslam, kak Ogy...atau yg jenis tak pandai nak beri komen bernas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:15 PM | Show all posts
baby shima?
homaigod!!!
xde gaya baby pun!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya baby tu nama panggilan die je..sebab kalau btol2 baby mesti tak lepas nak join program ni sebab kecik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:32 PM | Show all posts
maxim replied at 15-11-2017 01:27 PM
Rasanya baby tu nama panggilan die je..sebab kalau btol2 baby mesti tak lepas nak join program ni se ...

aduhai tp mmg betullah tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:47 PM | Show all posts
bottombikini replied at 15-11-2017 12:30 PM
macam bagus sangat mas idayu nih
masa mula2 jadi retis pun hauk gak

bukan setakat 'mula2' jer..
dulu kini dan selamanya dia tak bagus pun..
tp bila komen orang lain kan main lagi..
puikkhh

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mne video die mrh2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 02:27 PM | Show all posts
Baby Shima ni yang pernah digosipkan dengan Arja Lee sebagai bahan coverina tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 02:51 PM | Show all posts
sapa follow nizam rahman kat fb
ko tgk video dushmash dia psl ni
kelakar gilaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati je jerkah org depan ramai.. senggol nnt baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 03:28 PM | Show all posts
tak penah ku tahu kewujudan program ni.

sedar2 je nampak video kak mas dayu menjerit terpeking terlolong lalu kat fb aku.

baby shima?? euwwww.. geli tekak aku tgk org nama nak berbaby2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.393918 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list