CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1604|Reply: 7

Rebuti peluang temui Ha Ji Won esok (15/11/2017) sempena tayangan filem Manhunt

[Copy link]
Post time 14-11-2017 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 14-11-2017 02:59 PM


Jazzy Pictures selaku penerbit filem Manhunt akan membawa pelakon Ha Ji Won dan pengarah John Woo turun padang ke Kuala Lumpur esok sempena tayangan filem berkenaan. Beliau akan menemui peminat pada 7.00 petang esok, 14 November 2017 di Pavilion KL disusuli dengan tayangan perdana filem untuk peminat yang bertuah pada pukul 9.00 malam di TGV Sunway Velocity Mall.

Filem Manhunt pernah ditayangkan ketika di Festival Filem Antarabangsa Venice, Toronto dan Busan baru-baru ini dan mendapat ulasan yang agak baik di kalangan pengkritik filem. Antaranya, Peter Bradshaw daripada portal Guardian yang memuji gambaran aksi berterusan sehingga mengujakan penonton. John Woo merupakan pengarah yang mahir dalam aksi "slow-motion". Filem arahan John Woo iaitu "The Killer" (1989) merupakan filem kegemaran pengarah memenangi Oscar, Quentin Tarantino kerana mempamerkan aksi-aksi brutal yang amat berkesan. Kedua-dua filem arahan beliau sebelum ini, "Red Cliff" dan sekuelnya mencatatkan kutipan box office tertinggi di China sehingga mengatasi rekod yang pernah dikecapi oleh filem Titanic.


Manhunt berkisarkan tentang seorang lelaki dilakonkan oleh Zhang Hanyu yang dituduh merogol dan merompak, terpaksa berhempas pulas untuk memulihkan namanya kembali. Gandingannya bersama pelakon Ha Ji Won yang terkenal dengan aksi "stunt" nya bakal menjadikan filem ini lebih menarik lagi. Bagi sesiapa yang baru saja selesai menonton drama MBC Hospital Ship, pasti lakonan Ha Ji Won belum lagi lekang daripada ingatan anda. Jom rebuti peluang temui Ha Ji Won di Pavilion, esok bersama kami dengan sertai peraduan di sini:  >>KLIK SINI<<  . Pemenang akan diumumkan pada jam 10 malam ini.
Manhunt merupakan adaptasi daripada novel "Hot Pursuit" yang diterbitkan pada 1976 hasil nukilan Juko Nishimura. Ia akan mula ditayangkan secara rasmi di serta panggung wayang terletak di Kuala lumpur, Malaysia pada hari Khamis 23 November ini.

Sumber: jazzy pictures

https://kmania.info/2017/11/14/rebuti-peluang-temui-ha-ji-won-esok-15112017-sempena-tayangan-filem-manhunt/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 02:41 PM | Show all posts
jangan risau esok akak selfie dengan dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-11-2017 02:41 PM
jangan risau esok akak selfie dengan dia

Ti akak tepek cni ye..blurkan laa muka akak..hihihi
Baidewei,kurg minat da retis korea..so xde keterujaan lgsg..GD dtg,taeyang dtg msia aritu pun kita bt derk je. Kalau zmn bbnu dlu,kompem meronta2. Kekeke~
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu zaman anak dara maybe akan teruja la tapi tu pun xtau gi ke x.
Now dah beranak pinak lagi la x mungkin nak gi berhimpit himpit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 02:54 PM | Show all posts
Beliau akan menemui peminat pada 7.00 petang esok, 14 November 2017 di Pavilion KL

esok 15hb daaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 03:04 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 14-11-2017 02:44 PM
Ti akak tepek cni ye..blurkan laa muka akak..hihihi
Baidewei,kurg minat da retis korea..so xde ke ...

cancel dik, sebab muka dia plastic surgery. akak nak selfie dengan original korean.muka akak cantik tak de renovate plastic surgery.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2017 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-11-2017 03:04 PM
cancel dik, sebab muka dia plastic surgery. akak nak selfie dengan original korean.muka akak canti ...

Hahahaha..sy tgu shinhwa dtg..tgk minwoo ngn eric..awww~awww~~
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha apa update ni.  Mod tidur ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.288942 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list