CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71205|Reply: 2588

(Edisi Hantar Rombongan) Betul ke Fattah dan Fazura Bertunang Hari Ni? [V56] ALL

 Close [Copy link]
Post time 13-11-2017 04:54 AM | Show all posts |Read mode
ALL ABOUT FATTAH AMIN
VOLUME 56


Hari ni adalah tarikh 13 November 2017. Tarikh yang mula dihebahkan oleh pemberita Zaidi Mohamad dan Farihad Shalla Mahmud di Berita Harian sebagai tarikh pertunangan Fattah Amin dan Nur Fazura. Adakah berita ini betul, atau sekadar gosip di angin lalu? Mari kita sama-sama saksikan apa yang akan berlaku hari ini. Sambil itu, jom kita throwback semua berita yang menyusul selepas pendedahan sesasi Berita Harian tersebut.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2017 04:55 AM | Show all posts


Fattah, Fazura bakal bertunang?
Oleh Zaidi Mohamad dan Farihad Shalla Mahmud
[email protected]



PELAKON, Fattah Amin dan Nur Fazura mula intim selepas digandingkan bersama dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

KUALA LUMPUR: Keintiman antara pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, sejak kedua-duanya digandingkan dalam drama, Hero Seorang Cinderella, sememangnya sudah diketahui ramai.

Malah, persahabatan yang mula terjalin sekitar tujuh bulan lalu terus berpanjangan sehingga sekarang apabila kedua-duanya bukan sekadar sering kali diundang bersama-sama ke sesebuah acara, bahkan saling berbalas-balas komen di laman sosial.

Justeru, tidak hairanlah apabila ramai peminat yang mengharapkan Fattah, 27, dan Fazura, 34, benar-benar bercinta di luar lokasi, malah tanpa angin mahupun ribut, kedengaran pula desas-desus mengatakan pasangan terbabit akan melangsungkan pertunangan pada 13 November depan.

Apatah lagi apabila wujud tanda pagar #roadtopekan yang bagai menguatkan lagi spekulasi penyatuan dua bintang berkenaan.

Bagaimanapun, Fattah yang turut mencipta fenomena menerusi drama Suri Hati Mr Pilot menganggap cerita mengenai pertunangan mereka sebagai sekadar khabar angin, selain doa peminat buat mereka.

"Mungkin semua itu hanya khabar angin kerana supertelefilem lakonan kami berjudul Wanita Terindah akan dilancarkan, esok.

"Saya bagaimanapun menganggap ia sebagai doa. Saya pula memang mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua," katanya kepada BH Online ketika ditanya mengenai kesahihan desas-desus pertunangan berkenaan.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu begitupun secara peribadi menyenangi personaliti dimiliki Fazura.

"Dia memang teman artis yang paling rapat dengan saya. Pengalamannya sebagai anak seni banyak dikongsi bersama saya, termasuk cara mengharungi kehidupan dalam industri hiburan. Dia sendiri wanita yang sangat berdikari, pandai membawa diri, positif dan ceria.

"Aura positif yang dimilikinya sangat luar biasa dan mampu mendorong kita untuk menjadi sepertinya," kata pelakon kelahiran ibu kota ini.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, Fattah berkata beliau masih lagi meneruskan baki penggambaran drama Coffee Prince, yang menggandingkan dirinya dengan Janna Nick.

Drama arahan Michael Ang itu dijangka siarannya pada Disember depan.

"Selepas kejayaan Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella, saya tidak melihat drama baharu ini memberikan tekanan kepada saya.

"Saya percaya, setiap drama mempunyai keistimewaannya sendiri. Begitu juga dengan Coffee Prince," katanya.

Sementara itu, Fazura yang bakal muncul dengan album sulung pada 3 November depan, ketika dihubungi turut menafikan beliau akan bertunang dengan Fattah.

"Saya sibuk, begitu dengan dirinya. Jadi, macam mana hendak bertunang?" katanya yang turut terkejut apabila diajukan dengan soalan berkenaan.

Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-27 itu juga berkata, beliau takkan menyembunyikan berita gembira andai hubungan mereka dinoktahkan dengan ikatan sah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2017 04:55 AM | Show all posts


Ifqdar Rahman
01 November 2017 1:57 PM


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 34 atau Fazura tidak menolak andai dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktor kacak, Fattah Amin, 27, yang menjadi pasangannya dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC).

Menurutnya, doa dan permintaan peminat serta netizen di media sosial yang mengharapkan mereka berdua berkahwin merupakan hal yang baik dan langsung tidak memberi tekanan kepadanya.

“Saya okey sahaja dengan kata-kata peminat. Itu adalah satu doa yang baik, bukannya sesuatu yang buruk. Jadi tidak salah saya menerima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, apa salahnya.

“Keberkesanan gandingan kami berdua dalam HSC adalah disebabkan keserasian yang wujud antara kami. Sebab itu peminat suka kami disatukan lagi. Jika saya digandingkan dengan hero lain seperti Remy Ishak dan gandingan itu juga menjadi, mungkin peminat juga akan bercakap perkara sama,” katanya kepada Utusan Online.

Sekalipun dia dan Fattah dilihat sangat mesra seperti pasangan kekasih, namun Fazura yang bakal melancarkan album sulungnya esok enggan mengulas secara terperinci mengenai status hubungannya dengan aktor itu.

Sebaliknya, artis kelahiran Pahang itu lebih gemar memberikan fokus terhadap kerjaya seninya buat masa sekarang.

“Jujurnya, jadual kerja saya memang padat dan belum ada masa untuk berfikir tentang soal teman lelaki atau perkara yang lebih serius tentang hubungan cinta,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Fazura dan Fattah akan bergandingan sekali lagi dalam telemovie Wanita Terindah yang akan disiarkan di saluran Astro First Exclusive bermula esok.

Sementara itu, Fattah pula menafikan spekulasi kononnya dia dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November ini. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2017 04:55 AM | Show all posts


Fattah, Fazura terus berteka-teki
Oleh Farihad Shalla Mahmud & Zaidi Mohamad
[email protected]



PELAKON, Fazura (kiri) dan Fattah Amin pada sidang media Filem Wanita Terindah yang diadakan di GSC Pavilion. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura terus berteka-teki mengenai spekulasi pertunangan mereka yang kononnya akan berlangsung pada 13 November ini.

Malah, Fattah yang juga pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 3.0, tidak mengiyakan mahupun menidakkan desas-desus itu ketika sekali lagi ditanya mengenainya, malam tadi.

"Doa saja yang baik-baik. Perkara yang baik tentunya saya dan dia (Fazura) akan kongsi. Sebagai lelaki, saya sendiri akan mengambil tanggungjawab dalam soal sebegini.

"Saya sendiri pun suka membuat kejutan. Tidak semestinya 13 November ini. Siapa tahu, mungkin esok saya bertunang?" seloroh Fattah saat ditemui pada majlis pratonton supertelefilem, Wanita Terindah, di sini.

Ia menjadi naskhah kedua yang menggandingkan dirinya dengan Fazura selepas drama Hero Seorang Cinderella.

Supertelefilem arahan Joon Goh itu diterbitkan secara kerjasama antara Astro First Eksklusif, Red Films Sdn Bhd dan FastyleAsia. Ia mula bersiaran hari ini di saluran 480.

Fattah turut berkata, Fazura masih lagi di bawah tanggungan keluarganya.

"Dia juga berhak berkawan dengan sesiapa saja," kata pelakon itu yang mencetuskan fenomena bersama drama Suri Hati Mr Pilot.

Sementara itu, Fazura turut menegaskan dia sendiri tidak akan mengetepikan pihak media dalam soal berkongsi hal peribadi, termasuk perancangan masa depan.

"Saya dan Fattah pun sibuk bekerja. Saya juga terkejut dengan hal ini. Mungkin juga perkara terbabit bertebaran kerana gimik cerita lakonan kami kali kedua ini.

"Tapi yang jelas, kami hanya bertunang dalam cerita ini," kata Fazura.

Kelmarin, BH Online menyiarkan artikel mengenai desas-desus Fattah dan Fazura dikatakan akan melangsungkan pertunangan pada 13 November ini.

Namun, ketika dihubungi, masing-masing menafikan cerita pertunangan terbabit.

Pasangan pelakon ini mula rapat selepas kedua-duanya digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella yang menemui penonton sebuah saluran berbayar pada Mei lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2017 04:55 AM | Show all posts


Pinang Fazura 13 November? Ini jawapan Fattah Amin
oleh: Syafiqah Jalal
Diterbitkan pada November 02, 2017 10:00 MYT




Spekulasi tentang pertunangan Fattah Amin dan Fazura yang dikatakan bakal berlangsung pada 13 November ini telah mengejutkan banyak pihak.

Malah, perkara tersebut juga masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini kerana tiada kenyataan daripada Fattah mahupun Fazura.

Fattah ketika ditemui Astro Gempak semalam masih mengambil pendekatan selamat untuk tidak mengiyakan mahupun menidakkan khabar angin tersebut.

"Apa yang boleh saya katakan, selagi tidak keluar apa-apa daripada mulut kami berdua, doakan yang baik-baik sahaja.

"Lagipun, saya suka buat kejutan. Sebelum ini saya beri bunga kepada Fazura pun semua orang tidak tahu.
"Saya tidak mahu mengulas, mungkin bukan 13 November kami bertunang, mana tahu esok?

"Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” katanya kepada Astro Gempak.

Pasangan ini ditemui selepas majlis pra-tonton supertelefilem Wanita Terindah di GSC, Pavilion malam tadi.

Sementara itu, Fazura mengakui terkejut dengan khabar angin itu dan menganggap ia gimik yang cuba dicipta sebelum tayangan rasmi Wanita Terindah pada 2 November 2017.

"Saya juga terkejut dengan hal ini. Mungkin juga perkara terbabit bertebaran kerana gimik cerita lakonan kami kali kedua ini.

"Buat masa ini kami sibuk bekerja seperti biasa.

"Jika ada berita baik, saya tidak akan mengenepikan wartawan yang sentiasa menyokong kerjaya saya.

"Soal jodoh saya tidak berani hendak mengulas, apa-apa pun doakan yang baik-baik," kata Fazura.

Selain Fazura dan Fattah, Wanita Terindah turut membariskan pelakon seperti Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika, Ridzuan Hashim dan Samantha Katie James.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2017 04:55 AM | Show all posts
Edited by melnanzz at 13-11-2017 04:57 AM



Jadi Ke Bertunang...? Fattah Suka Kejutan
Diterbitkan: Khamis, 2 November 2017 7:00 AM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]



Fazura dan Fattah kini terlibat dalam filem televisyen 'Wanita Terindah' siaran Astro First Eksklusif. Foto SHAARI CHE MAT

PASANGAN pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin terus berteka-teki mengenai desas-desus mengatakan mereka bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November ini.

Sebaliknya mereka tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan itu namun meminta peminat mendoakan yang terbaik mengenai hal berkenaan.

"Saya suka buat kejutan... Tempoh hari saya beri bunga kepada Fazura pun semua orang tidak tahu.

"Apa yang boleh saya katakan selagi tidak keluar apa-apa daripada mulut kami berdua, doakan yang baik-baik," kata Fattah.


Pasangan ini tidak akan menyembunyikan sekiranya ada sebarang berita baik.

Pasangan itu ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen (FTV) berjudul Wanita Terindah yang diadakan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Selain Fazura, 34,  dan Fattah, 27,  Wanita Terindah turut membariskan pelakon seperti Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika, Ridzuan Hashim dan Samantha Katie James.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula Khamis.

Dalam pada itu, Fazura pula berkata, mereka berjanji tidak akan menyembunyikan sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka sekiranya ada sesuatu yang baik pada masa hadapan.

"Jika ada berita baik kami akan beritahu dan tidak akan mengenepikan wartawan yang banyak menyokong kami.


Barisan pelakon Wanita Terindah yang hadir pada malam tayangan perdana yang diadakan pada malam Rabu.

"Doa yang baik-baik kita Aminkan kerana tiada yang tidak elok selain doa-doa yang baik buat kami," ujarnya.

Bercakap mengenai Wanita Terindah, Fattah berkata tidak sukar mencari keserasian dengan Fazura kerana sebelum ini pernah bekerjasama dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Malah katanya, pengalaman sebelum ini banyak mematangkan teknik lakonannya memandangkan peranan dia sebagai Fahim dalam FTV itu sangat berbeza daripada apa pernah dibawanya sebelum ini.

"Saya seorang yang bertuah kerana dikelilingi oleh ramai pelakon dan produksi berpengalaman yang banyak membantu saya menghidupkan watak.

"Tidak senang sebenarnya kerana watak Fahim adalah seorang lelaki yang panas baran dan saya perlu kekalkan momentum itu agar ia tidak lari.


Fazura dan Fattah dikaitkan bercinta namun sejauh manakah kebenarannya?

"Berlakon di samping Fazura juga mudah kerana kita sudah ada keserasian dan sebagai pelakon berpengalaman luas dia juga banyak membantu saya di set penggambaran," jelasnya.

Manakala Fazura pula memberitahu menerusi Wanita Terindah Fattah semakin matang dan menegaskan dia bukan lagi pelakon 'kayu' seperti diperkatakan sebelum ini.

Karya itu juga kata Fazura memperlihatkan mereka berlakon bukan sebagai pasangan kekasih dalam menampilkan kelainan kepada peminat.

"Kalau asyik berlakon sebagai kekasih penonton pun akan bosan juga dan Wanita Terindah adalah projek berlainan untuk kami.

"Ia beri peluang kepada peminat untuk melihat kami dalam watak dan situasi berbeza dan bukannya sekadar 'menjual' kisah cinta semata-mata," jelasnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2017 04:55 AM | Show all posts
Fazura ditanya pasal jodoh dengan Fattah Amin


Gosip Fattah dan Fazura akan bertunang?


Fattah dan Fazura akui ada pihak cuba sabotaj perhubungan


Fattah menjawab isu tunang


Fattah serahkan konsep pertunangan kepada pihak perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi tajuk tak menahan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai mel
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boylondonn at 13-11-2017 05:15 AM

Morning gaissssss, tak lena tdo iols Apa2pun hari ni 13hb November 2017. K nak p sambung tdo. K bye
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:13 AM | Show all posts

bukan tekat sebarang tekat
tekat menjadi hiasan kain
bukan hajat sebarang hajat
hajat memetik bunga ditaman


meolls sibuk menghiris bunga rampai ni
sesambil menjala puding diraja...

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama x jengah rumah fattah, so sempena 13 Nov, iols check in d awal pagi

ok, back to SR mode sambil menanti khabar gembira mungkin.. insyaAllah doa yg baik2 hikhik

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mslhnya dah masuk dlm mimpi aku...fattah dan fazura tunang dan nikah hari ni...tema bilik tidur pula color biru...ha ha kelakar betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Calling for @pujanggamerpati. Jom ketawa bersama menangis bersama membirah bersama dalam benang baru ni.

Tajuk mel mmg win habes yach
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Cjck in jgkkk..kalau btl bertunang..tahniah lah nooo..mst vasss baju tunang faz
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha patutlah kaka Mel bukan main suruh tunggu rumah baru. Bukan main tajuk benang hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2017 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Pandanleaf at 13-11-2017 07:11 AM

Calling for @bedah ...nak merampai ke idok..or jd rampai frozen!
Hamboi mel tajuk mmg tahap apa dah ni...
Kaka doa yang baik baik saja..tunang or not yg pasti p umrah ...so kakak doa semoga urusan umrah diberkati dan dipeemudahkan dan bamtah  tenang beribadah disana
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bam tah...tunang jelah...tak payah takut takut.....or mungkin kalo tak hari ni tukar tarikh lain supaya reputz tak kaco....nak wat camana  dah nama pun retis hot...semua org nak tau...tapi nasihat iols teruskan niat baik tu...jgn pikir yg negatif2 tu....pikirkan positif aje...ok  beklog pulak pagi nih...nak siap gi keje...bam tah goodluck...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
anakkerengga replied at 13-11-2017 05:28 AM
Mslhnya dah masuk dlm mimpi aku...fattah dan fazura tunang dan nikah hari ni...tema bilik tidur pula ...

Yep..iols pun terfikir gak....entah2 nikah terus hari ni.....good luck bam tah...bergembiralah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
pujanggacinta replied at 13-11-2017 05:13 AM
bukan tekat sebarang tekat
tekat menjadi hiasan kain
bukan hajat sebarang hajat

Chuolls lead rombongan meminang ke ni dah sedia pantun ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.250791 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list