CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 8

[Jenayah] 'Keyboard warrior' bersongkok didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 10-11-2017 04:00 PM | Show all posts |Read mode

PEMILIK akaun Facebook N9RTER, Muhammad Naim Zelkifle, 21, didenda RM2,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Bahau, hari ini kerana menuduh polis meminta wang daripada orang ramai, 6 September lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan memuat naik satu kenyataan “€˜Roadblock polis selepas bhp baru Mahsan, check saman lampau hati2 kalau boleh lalu tompek lain lah yo, dah saman org mkn duit paw lg tak patut betul” di laman Facebook.

Dia yang memakai baju kemeja dan bersongkok, tiba di mahkamah diiringi ahli keluarga pada 8.40 pagi.

Dalam perbicaraan itu, tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman diringankan disebabkan menjaga ibu bapa selain adik beradik dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wan Ahmad Hijrah kemudian meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan tidak mengulangi kesalahannya itu.

Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali kemudian memerintahkannya Muhammad Naim membayar denda.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan penjara jika gagal membayarnya.

Bagaimanapun, Muhammad Naim membayar denda berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 12:01 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 04:09 PM | Show all posts
merayu hukuman diringankan disebabkan menjaga ibu bapa selain adik beradik


Kepala bapak awak
Lain kali nak cakap tu pikir dulu

Ko bukan menteri ingat orang tak boleh sentuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 04:14 PM | Show all posts
Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 04:16 PM | Show all posts
cash la kau dekkk....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 04:20 PM | Show all posts
kebulur like sangat last2 rugi 2k...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 04:23 PM | Show all posts
ni mesti penyokong ph ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2017 05:47 PM | Show all posts
bila kena hukum dan dan jaga mak bapak adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertuduh mesti dilepaskan kerana ada masa depan yg cerah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2017 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbang rm2k macam tu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.626992 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list