Sebuah video memaparkan seorang guru membelasah bertubi-tubi salah seorang murid lelaki yang sedang duduk di dalam kelas menjadi topik bualan hangat di kalangan netizen.
Tindakan guru itu dilihat bukan lagi berniat untuk "mengajar" anak murid sebaliknya seperti hendak membunuh murid tersebut.
Melihat rakan dibelasah sekuat hati oleh gurunya itu, salah seorang murid lelaki cuba meredakan keadaan namun malangnya murid berkenaan juga dibelasah dan turut dipukul beberapa kali dibahagian perut oleh guru terbabit.
Seolah-olah dirasuk, guru tersebut menyambung semula membelasah murid pertama tadi. Kali ini lebih "keras" apabila dia menghayunkan lututnya beberapa kali ke arah perut dan muka murid terbabit.
Kredit video - MiloSuam
Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar kejadian sehingga guru terbabit bertindak seperti orang hilang akal.
Namun apapun alasan, tindakan guru terbabit mendapat banyak kecaman dari netizen kerana dianggap keterlaluan.
Dalam banyak-banyak komen mengenai kejadian ini, penulis amat tertarik dengan komen seorang hamba Allah yang mencadangkan agar kerajaan menyediakan bajet untuk meletakkan kamera CCTV di setiap kelas. Ini adalah satu idea yang bernas untuk memantau setiap kejadian jenayah seperti buli yang berlaku di dalam kelas.
Apa pula pendapat anda? - CARI
|