Makanan hospital? Aduh, mendengarkannya pun boleh membuatkan hilang selera.
Biasalah makanan yang dihidangkan di hospital terkenal dengan rasa tawar, kurang menarik dan tak keterlaluan boleh membuatkan seseorang termuntah.
Ok tunggu dulu. Seorang wanita yang baru-baru ini bersalin di Jepun terkejut apabila dihidangkan dengan makanan yang super sedap!
Memetik Bored Panda, wanita tersebut berkongsi 12 jenis makanan yang dihidangkan kepada nya sepanjang tinggal di wad bersalin.
Mengejutkan, ia nampak lebih enak, sedap dan penting berkhasiat berbanding restoran di luar sana.
Usaha pihak hospital terbabit menyediakan makanan berkhasiat dengan penuh dedikasi seharusnya dipuji.
Malah, ia turut mengekalkan makanan tradisi Jepun yang boleh membuatkan sesiapapun meleleh air luar.
Lucunya, memandangkan gambar yang dikongsikan wanita ini sudah menjadi biral, ramai warga Amerika Syarikat mahu melakukan proses kelahiran anak mereka di Jepun!
Jom kita lihat antara makanan yang dihidangkan buat wanita sedang berpantang ini. Bolehlah dicuba diaplikasikan buat ibu-ibu di sini nanti:
Omuraisu, salad makaroni, sup ayam, sotong celup tepung, buah segar dan teh hijau
Pasta cendawan, salad kentang, salad brokoli, sup ayam, buah segar, roti, teh hijau
Jejari ayam goreng dengan salad kobis, sayur peria, tofu, salad lobak, nasi dan sup miso
Salmon, tofu, salad bayam, natto, sup miso, nasi, susu
Ayam dengan sos cendawan, sayur labu, salad lobak, nasi, sup miso, chawan mushi
Ikan mackerel, salad konbu, natto, salad bayam, sup miso, nasi, susu, teh hijau
Sea bream, salad pasta, bebola ayam, jeruk daikon, nasi, sup miso, chawan mushi, teh hijau
Foto Bored Panda
|