CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6342|Reply: 40

[Tempatan] Muka muka pengganas junior tempatan ancaman letupan bomb october fest yang lalu

[Copy link]
Post time 6-11-2017 04:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-11-2017 12:38 PM

Barang rampasan



Tertuduh, Mohd Hafizi Mat Jusoh, 19, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. - Foto Astro AWANi/Muhafandi


KOTA BHARU : Seorang pelajar lelaki tingkatan enam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan memiliki dua butir bom buatan sendiri untuk digunakan sebagai serangan di Pesta Arak 'Better Beer Festival 2017', Oktober lalu.

Tertuduh, Mohd Hafizi Mat Jusoh, 19, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman itu didakwa memiliki dua butir bom "improvised explosive device (IED)’ dengan menyalahi undang-undang di sebuah rumah di Kampung Merkang, Pasir Puteh, 6.05 petang, pada 10 Oktober 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum.

Tertuduh juga berdepan empat pertuduhan lain iaitu terbabit dengan aktiviti pengganas daish.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 840x570.

Di mahkamah yang sama, dua tertuduh, Azmi Ahmad Rosli, 24, dan Mahadi Ibrahim, 34, masing-masing berdepan tiga pertuduhan dan dua pertuduhan terbabit dengan daish. - Foto Astro AWANI/Muhafandi

Empat pertuduhan itu, remaja itu didakwa memberi latihan menerusi Whatsapp; hadir di tempat latihan pengganas; memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas serta memiliki gambar, video dan dokumen bersabit kumpulan pengganas daish.

Kesalahan berkenaan,dia didakwa masing-masing mengikut Seksyen 130f(A), Seksyen 130fb(1)(a), Seksyen 130jb(1)(a) dan Seksyen 130jb(1)(b).

Di mahkamah yang sama, dua tertuduh, Azmi Ahmad Rosli, 24, dan Mahadi Ibrahim, 34, masing-masing berdepan tiga pertuduhan dan dua pertuduhan terbabit dengan daish.

Bagaimanapun, tiada keterangan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkaitan kumpulan daish.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan memindahkan pertuduhan membabitkan kumpulan daish ke Mahkamah Putrajaya.

http://www.astroawani.com/berita-mal...-tangan-15973









Muhammad Hafizi Mat Jusoh dikawal ketat oleh anggota polis selepas mengaku bersalah memiliki dua butir bom di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU 5 Nov. - Seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Pasir Puteh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dua butir bom yang disyaki untuk digunakan dalam rancangan serangan terhadap The Better Beer Festival 2017 di ibu negara pada Oktober lalu.

Tertuduh Muhamad Hafizi Mat Jusoh,19, yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) esok mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Selain itu, Muhamad Hafizi turut berdepan empat pertuduhan lain berkaitan penglibatan dalam kumpulan pengganas bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Hafizi didakwa memiliki dua buah senjata api iaitu dua butir bom improvised explosive device (IED) di sebuah rumah di Kampung Merkang, Pasir Puteh pada pukul 6.05 petang, 10 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api ( Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua yang lain, Ahmad Azmi Ahmad Rosli, 24 , dan Mahadi Ibrahim, 34, yang turut dikatakan terlibat dalam rancangan serangan tersebut masing- masing berdepan tiga dan dua lagi pertuduhan berasingan berkaitan aktiviti kumpulan pengganas.

Kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Disember depan.

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan rancangan serangan terhadap The Better Beer Festival 2017 dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk perancang utama, seorang pelajar tingkatan enam di Pasir Puteh, Kelantan, 10 Oktober lalu.

Suspek utama yang berusia 19 tahun bersama seorang bekas tentera, 34, dan kontraktor binaan, 25, dipercayai telah merangka serangan tersebut selepas menerima maklumat mengenai penganjuran festival arak tersebut yang dijadualkan berlangsung di Solaris Dutamas pada 6 Oktober lalu. - UTUSAN ONLINE





This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x588.

ANGGOTA polis dari Cawangan Khas (E8), Pencegahan Keganasan (Counter Terrorism) Bukit Aman membawa tiga suspek Ahmad Azmi (kiri); Mahadi (tengah) dan termasuk seorang remaja Muhamad Hafizi untuk didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan disyaki terbabit dalam rancangan melancarkan serangan ke atas Beer Festival dan juga rumah ibadat bukan Islam bulan lepas. - Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Enam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana memiliki dua bom buatan sendiri dipercayai digunakan untuk serangan terhadap 'The Better Festival Beer 2017' di ibu negara, Oktober lalu.

Tertuduh, Muhamad Hafizi Mat Jusoh, 19, yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) esok, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Hafizi didakwa memiliki dua butir 'improvised explosive device' (IED) di sebuah rumah di Kampung Merkang, Pasir Puteh, pada jam 6.05 petang, 10 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia yang dipercayai terbabit dengan kegiatan itu sejak berusia 12 tahun, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sebat maksimum enam kali.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan untuk tarikh jatuh hukum bagi kesalahan itu.

Tertuduh turut berdepan empat tuduhan lain iaitu memiliki gambar, video, serta dokumen mengenai perbuatan pengganas; memaparkan bahan yang berkaitan kumpulan pengganas Daesh; memberi latihan melalui aplikasi WhatsApp; dan hadir di tempat latihan pengganas di tanah lapang Gong Kulim, Pasir Puteh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan terhadap semua kesalahan itu yang didakwa masing-masing mengikut Seksyen 130JB (1) (a); Seksyen 130JB (1) (b); Seksyen 130F (a) dan Seksyen 130 FB (1) (a), Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di mahkamah sama, dua tertuduh iaitu Azmi Ahmad Rosli, 24, didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 130FA (a) kerana menerima latihan pengganas melalui WhatsApp; Seksyen FB (1) (a) dan Seksyen 130JB (1) (a).

Seorang lagi, Mahadi Ibrahim, 34, berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 130FA (a) serta Seksyen 130FB (1) (a), Kanun Keseksaan juga kesalahan berkaitan keganasan.

Pertuduhan membabitkan Seksyen 130F adalah pertama kali digunakan di negara ini yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Kesemua tertuduh termasuk Muhamad Hafizi tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes termasuk permohonan pemindahan bagi pertuduhan membabitkan kumpulan Daesh secara serentak di Mahkamah Tinggi Putrajaya.

https://www.bharian.com.my/berita/ke...lah-miliki-bom





'Letupan boleh menggegar kawasan 30m persegi'

KUALA LUMPUR: Tindakan polis melarang penganjuran Festival Bir 2017 yang dirancang di Lembah Klang, baru-baru ini, menyelamatkan nyawa mereka yang mungkin menghadiri acara berkenaan.

Tiga suspek yang dipercayai merancang mengebom festival itu, melakukan ujian letupan di Pasir Puteh, Kelantan pada 28 September lalu.

Letupan berkenaan dikatakan berupaya menggegarkan kawasan lapang seluas 30 meter persegi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata kejayaan menahan semua suspek membuktikan tohmahan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi maklumat palsu berhubung ancaman serangan pada festival itu adalah tidak benar.

Katanya, komponen untuk menghasilkan bahan peledak IED yang dirampas dari rumah dua daripada suspek terbabit, boleh menyebabkan banyak kematian.

"Serbuan Bahagian Antipengganas, Cawangan Khas Bukit Aman membawa kepada penemuan tiga IED dan batang paip yang diadun dengan bebola besi.

"Turut ditemui satu gas bom paip, enam potongan paip PVC, lapan unit bateri AA, enam mentol, dua unit telefon bimbit, satu bungkusan mercun bola, belerang berserta sumbu mercun bola, 14 kotak mancis serta penentu ketepatan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui buku tulis dan kertas lukisan yang antara lain mengandungi panduan serta formula menghasilkan bahan peledak IED berkuasa tinggi.

"Antara faktor yang membolehkan mereka menghasilkan bahan peledak ialah pengalaman seorang daripada suspek yang juga bekas anggota Tentera Darat (TD), selain mempelajarinya melalui Internet," katanya.

Mohamad Fuzi berkata, PDRM masih menyiasat sama ada arahan melakukan serangan disampaikan oleh rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria.

"Seorang daripada suspek mempunyai hubungan dan dikesan pernah berkomunikasi dengan Muhammad Wanndy Jedi yang terbunuh di Syria, April lalu serta Akhil Zainal yang kini dipercayai berada di Syria.

"Suspek berusia 25 tahun berasal dari Pengkalan Hulu, Perak itu juga turut mempunyai kaitan dengan kumpulan Gagak Hitam, yang terbabit dengan kejadian letupan bom tangan di pusat hiburan Movida, Puchong, 28 Jun tahun lalu," katanya.

INFO SUSPEK

* Pelajar Tingkatan Enam di Kelantan berusia 19 tahun dan akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 6 November ini.

* Bekas anggota Bahagian Istiadat, Tentera Darat yang kini menjadi buruh binaan, 34, berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

* Kontraktor binaan berusia 25 tahun, berasal dari Pengkalan Hulu, Perak.

https://www.bharian.com.my/berita/ke...an-30m-persegi


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x648.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x538.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x934.

TIGA suspek yang merancang meletupkan Festival Bir di Lembah Klang, ditahan dalam serbuan di Puteh, Kelantan, 10 Oktober lalu. - Foto Ihsan PDRM





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2017 04:59 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-11-2017 01:01 PM

  @Maideen.   Muka muka pengganas junior yang belum sempat masuk syurga akhirnya kepenjara.
Ini satu perbuatan yang cukup serious oleh penyangak agama tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohd Hafizi masih boleh ambil periksa STPM dlm lokap ke?  Atau kat sekolah tp dikawal polis?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-11-2017 04:59 AM
@Maideen.   Muka muka pengganas junior yang belum sempat masuk syurga akhirnya kepenjara.
Ini sat ...

nur ape entah, kene tanye pyro, tak cukup terik dari wajah2 pejuang
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur..muka2 ahli syorga semua..pasti acil2 kepam sejuk cekpit lehat wajah2 tntera suci mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:34 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-11-2017 04:59 AM
@Maideen.   Muka muka pengganas junior yang belum sempat masuk syurga akhirnya kepenjara.
Ini sat ...

Kenapa musti jadi pengganas?

Tak boleh ka jadi ulamak mengajar orang ramai cara membersihkan dubor selepas verak yang di rehoi Allah SWT sahaja?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2017 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
La..sek kito jange pecoh rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:46 AM | Show all posts
pandai sangat nak mengebom sana sini. Baiklah gi masuk jadi asykar tu kalau berkobar sangat nak berperang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2017 07:49 AM | Show all posts
ultra78 replied at 6-11-2017 07:39 AM
La..sek kito jange pecoh rupanya.

Napok pecoh tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:54 AM | Show all posts
Lobai pejuang isle dari nogori taliban kelantanistan.. tak cukop melobai kat nogori sondiri, nak buat onar kat nogori orang pola.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:56 AM | Show all posts

Risau juga kalau-kalau itu sekngucing



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-11-2017 07:39 AM
La..sek kito jange pecoh rupanya.

Kahkah.   Kelantanistan sgt.. booo...

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:58 AM | Show all posts
adakah bom set time? kawalan jauh? atau pengebom bunuh diri?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-11-2017 07:56 AM
Risau juga kalau-kalau itu sekngucing

Dia ada online x skang?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 08:01 AM | Show all posts
ultra78 replied at 6-11-2017 07:56 AM
Risau juga kalau-kalau itu sekngucing

sekngucing kerja construction juga, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 08:02 AM | Show all posts
aechae replied at 6-11-2017 07:59 AM
Dia ada online x skang?

Dia sibuk cari kerja rasanya. Semoga dia murah rezeki dapat kerja baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2017 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde org bukak thread  texas church shooting ke kesian rmai yg mati. Kenapa la puak2 terrorist gini mkin menjadi2
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tak minat nak belajar , usah buat benda bodo , mak bapak yg terima padah. nanges wehh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 08:58 AM | Show all posts
kerajaan tunduk pada tekanan terroris muda ni smp larang buat oktoberfest
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2017 08:59 AM | Show all posts
gigih sangat nak letup sana sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.390032 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list