CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2572|Reply: 16

[Jenayah] menteri bijaksana: eksport pasir ke tamilnadu untuk elak bencana banjir di malay

[Copy link]
Post time 3-11-2017 08:21 AM | Show all posts |Read mode
siapa penerima lesen AP eksport pasir?



PETALING JAYA: Kerajaan tetap mengharamkan sebarang aktiviti mengeksport pasir ke luar negara dan masih kekal dalam senarai bahan larangan eksport oleh kastam, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tungku Jaafar.

Bagaimanapun menteri sumber asli dan alam sekitar itu berkata, jemaah menteri memberi kelulusan khas untuk mengesport pasir atas alasan tertentu termasuklah bagi tujuan mengelak berlakunya bencana banjir.

“Kelulusan khas ini dikeluarkan oleh Jemaah Menteri secara ‘case by case basis’. Namun begitu, lesen pengorekan pasir kebiasaanya dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Tujuan untuk mengeksport hasil pasir negara bukan semata-mata untuk menjual pasir kita kepada negara lain, namun ia untuk mengeluarkan pasir yang berlebihan di muara-muara sungai yang menyebabkan fenomena air sungai cetek.

“Sekiranya tindakan pengorekan pasir tidak dilakukan, maka kecetekan muara sungai ini akan menyebabkan banjir besar seperti peristiwa banjir yang berlaku di sepanjang Sungai Pahang dan Sungai Kelantan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan.

Wan Junaidi berkata permit eksport pasir yang dikeluarkan tidak melibatkan wang kerajaan kerana ia diberikan kpada syarikat swasta bagi tujuan mengurus.

“Mana-mana syarikat yang diberi kelulusan khas eksport pasir dikehendaki mendapatkan kelulusan korek pasir untuk eksport dari kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum AP khas dikeluarkan oleh pihak kementerian. Kita juga meminta Jabatan Alam Sekitar memantau SOP pelaksanaan ini dari masa ke semasa.

Wan Junaidi berkata kerajaan membatalkan AP yang diluluskan sekiranya syarikat di lantik melanggar dasar pengorekan pasir yang ditetapkan.

“Saya beri jaminan aktiviti pengeksportan pasir ke luar negara adalah bagi tujuan untuk mengelakkan tragedi banjir tanpa melibatkan kos kerajaan dan pada masa yang sama akan memastikan ekosistem dan alam sekitar akan tetap terpelihara melalui dasar-dasar Pengambilan Pasir Sungai Secara Terkawal oleh JPS dan JAS bagi negeri-negeri yang terlibat.”

Wan Junaidi berkata sehingga hari ini kerajaan meluluskan 2 buah syarikat mengeksport pasir ke India bagi tujuan kerja-kerja penggorekan pasir di muara sungai Pahang dan Kelantan.

“Setakat ini, pihak syarikat menghantar 50 ribu metrik tan (MT) ke Tamil Nadu manakala untuk Kartaka pula masih di peringkat proses perundingan,” katanya.

Akhbar Times of India minggu lepas melaporkan penghantaran pertama pasir dari Malaysia tiba di pelabuhan di Tamil Nadu. Laporan itu berkata sebuah syarikat swasta di Pudukottai, India, mengimport 55,000 tan pasir di mana kos setiap pasir dikatakan RM4 kaki padu dan 50% lebih murah daripada pasir sungai dari Tamil Nadu.

Kontraktor pembinaan lega dengan penghantaran itu kerana berdepan masalah bekalan pasir. Laporan itu berkata kontraktor juga sedang mendapatkan sumber pasir sungai dari negara Asia Tenggara lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm bila malaysia boleh bebas dari kronisme
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 08:35 AM | Show all posts
tak cukup tanah kat negara ko jual kat org mainland.. pasir pun ko antar  jual kat orang luar..
mintak JAS memantau sop dari masa ke semasa ye? hahah.. setau aku, JAS la keje paling goyang kaki.. taktau la kot sekarng dah ok
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 08:39 AM | Show all posts
kesian rakyat marhen malaysia ada menteri cap ayam
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap menteri ni bila mati esok, elok dikambus je dgn pasir
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 09:11 AM | Show all posts
Eksport pasir ke Tamil Nadu. Adakah mungkin yang deal kat sini menteri2 yenna yenni atau menteri yenna menyamar Melayu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2017 09:28 AM | Show all posts
Dah jelas kenyataan yang dia buat apake bengap korang melatah kat sini lagi ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita juga pest membangun, skrng pasir pun dah mula mahal... Nnti naik lg harga rumah... Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 09:53 AM | Show all posts
cam ne la eksport pasir..berat kot pasir tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2017 10:02 AM | Show all posts
lil_honey replied at 3-11-2017 09:53 AM
cam ne la eksport pasir..berat kot pasir tu.



yg berat mcm ni pun dah boleh angkat,
apa la sgt berat pasiaq tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:42 AM | Show all posts
lil_honey replied at 3-11-2017 09:53 AM
cam ne la eksport pasir..berat kot pasir tu.

Biasa eksport pasir pakai kapal sand barge. Contohnya:


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 11:00 AM | Show all posts
keruklah terus sampai habis  
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 11:01 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 3-11-2017 10:42 AM
Biasa eksport pasir pakai kapal sand barge. Contohnya:

ini kalo laut bergelora, pasir pon lenyap ntah ke mana
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 11:09 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 3-11-2017 09:10 AM
Harap menteri ni bila mati esok, elok dikambus je dgn pasir

tak bleh kambus dgn pasir. pasir dah tak ada.
kena ship his body ke tamilnadu, sana ada pasir...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 11:38 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 3-11-2017 11:01 AM
ini kalo laut bergelora, pasir pon lenyap ntah ke mana

Kalau export jauh2 pakai ocean-going barge. Katanya kat Malaysia ni ada org pakai barge hantar barang naik barge sampai ke Afrika.

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 04:19 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 3-11-2017 10:42 AM
Biasa eksport pasir pakai kapal sand barge. Contohnya:

cost of transportation dia mesti expensive...nak angkut tu saje gune satu tongkang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 04:46 PM | Show all posts
trakea replied at 3-11-2017 01:28 AM
Dah jelas kenyataan yang dia buat apake bengap korang melatah kat sini lagi ?

Itulah pasal....kakak cuma mampu tersenyum sinis dekkk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.083721 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list