KOTA BHARU - Seorang tukang rumah dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul isteri pertamanya sehingga cedera di bibir berikutan mangsa kerap membebel berikutan tertuduh membahagikan masa dengan isteri muda.
Majistret Mohd. Azrul Hasyimi Mohammad menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Harun Talib, 56, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tukang rumah itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bibir isterinya, Miss Maehyae Sani, 53, di sebuah rumah di Lot 280, Jalan Sri Cemerlang di sini kira-kira pukul 11.15 malam pada 28 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya perbuatan itu dilakukan oleh suami atau isteri atau pasangan kepada mangsa, hukuman yang boleh dikenakan adalah dua kali ganda penjara maksimum.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin. - K! ONLINE
apa komentar anggota persatuan periksa dubur cina se-malaya
@memeque10
@trakea
@shamsadis
@Simunggu
@kakiselit
@dcruins
@tudunglitup
@kaktombaru
@Buritan
@nobito @akusukaq @zamzarai
|