CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2919|Reply: 45

[Tempatan] syabas: setelah diharam ke temasek, sekarang giliran johor pula

[Copy link]
Post time 1-11-2017 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Johor haramkan Mufti Menk dan ‘Ustad Bollywood’

PETALING JAYA: Sultan Johor hari ini mengarahkan pihak berkuasa agama melarang pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk, daripada mengadakan ceramah agama di negeri itu, sehari selepas Putrajaya semalam berkata ia tidak akan menyekatnya.

Pengerusi exco Johor dalam soal agama, Abd Mutalip Abd Rahim dipetik Berita Harian sebagai berkata Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut mengharamkan penceramah tempatan, Haslin Baharim, atau lebih dikenali sebagai “Ustad Bollywood”.

Langkah itu menyusuli tindakan kerajaan Singapura mengharamkan kedua-dua penceramah itu kerana menganggap pandangan mereka boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

“Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

“Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan,” kata Mutalip dipetik Berita Harian.

Isnin lalu, Kementerian Dalam Negeri Singapura dilaporkan menolak permohonan Mufti Menk dan Haslin untuk menyampaikan ceramah di satu pelayaran kapal bertemakan agama yang akan berlepas dan berlabuh di Singapura dari 25 hingga 29 November.

Ia berkata mereka mempunyai pandangan yang boleh menimbulkan sikap tidak bertoleransi, amalan penyisihan yang boleh merosakkan keharmonian sosial dan menyebabkan masyarakat renggang.

Mufti Menk mengundang kontroversi di Singapura selepas melarang umat Islam mengucapkan “Merry Christmas” dan “Happy Deepavali”.

Beliau kerap datang ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dan pernah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini.

Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang.

Dalam kenyataan mempertahankan Mufti Menk, sekumpulan agamawan di Zimbabwe menafikan beliau menggalakkan perpecahan kaum, sebaliknya berkata Mufti Menk mengajak umat Islam menyampaikan ucapan neutral seperti “Happy Holidays”, “Seasons Greetings” and “Have a Good Day”, daripada “Merry Christmas”.

“Kami ingin tegaskan beliau tidak pernah mengatakan ia ‘berdosa’ untuk memberi ucapan kepada orang lain pada perayaan mereka. Beliau mengajar setiap orang mempunyai hak sama untuk meraikan perayaan mereka, tanpa sebarang ketakutan atau sekatan,” kata Presiden Majlis Ulama Zimbabwe, Shaikh Umar Phiri.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Putrajaya membenarkan 2 penceramah itu berceramah di Malaysia.

“Setakat kedua-dua tokoh itu berada di Malaysia, mereka tidak pernah melakukan sebarang pelanggaran terhadap pemahaman, kepelbagaian budaya dan juga aspek yang menyebabkan berlakunya ketegangan sosial dan perselisihan antara kaum.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Johor kan sebuah negara jiran?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Selepas Singapura, Johor pula bertindak mengharamkan dua penceramah, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim, daripada menyampaikan ceramah di negeri ini berikutan pandangan mereka yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata ia adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dikeluarkan hari ini.

"Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

"Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Singapura mengharamkan dua pendakwah berkenaan memasuki republik itu berikutan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.

Kementerian Dalam Negeri Singapura, dalam satu kenyataan, menyatakan Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.

Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang.

Beberapa komen netizen di FB Online Berita Harian dibawah:

Sori le aku ckp ni.
kadang2 aku kesian kat Johor ni. Try hard sangat nak jadi champion perpaduan negara, bangsa Johor kononnya, tanpa mengira kaum dan agama.
last-last yang kita nampak, seolah macam kita tunduk pada kaum C tu. Korang baca la kat Malaysiakini ni. Tiba tang Sultan Johor, semua kaum C ni jerit "daulat Tuanku"
tapi bila Sultan Nazrin pesan beberapa hari lepas pasal sekolah vernakular (SJKC/SJKT) kena fasih BM, ramai pulak kaum C ni mengutuk Sultan Nazrin, takda pulak Daulat Tuanku.

Sebab isu2 macam ni lah. Kita ni UMAT ISLAM makin lama, jadi hamba di tanah sendiri atas nama "PERPADUAN NEGARA & KEHARMONIAN KAUM".

Aku org johor. Anak jati org johor. Isu2 pasal agama camni la yg paling aku x suka. Aritu pasal dobi pon di anggapnya salah. Ditegur ustaz dlm ceramah pon salah. Abis tu nk camne lagi?? Aku pon jd pening jadinya ..Knp?? Knp?? Besar sgt ke salahnya?? Membahayakan ke??
Klau betol nk buat johor ni betol2 negeri yg islamik, tolong tutup kedai2 judi, arak dan kelab2 malam.. tolong tutup!! Jgn bagi alasan racist2 segala. Islam kan agama rasmi malaysia. Pikir2kan lah..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 03:59 PM | Show all posts
Rakyat yang berilmu dan berpelajaran mengucapkan syabas dan menjunjung kasih kebawah duli Tuanku.

Daulat Tuanku.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:05 PM | Show all posts
ustaz haslin ada cakap apa yg sampai kena banned?
kesian ketua J..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:06 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 1-11-2017 02:48 PM
Johor kan sebuah negara jiran?

kalau takde passport tak leh masuk johor la ye spidey?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2017 04:12 PM | Show all posts
Evangelist2 American etc yg masuk buat sermon2 bunyi2 'political" camnerrr pulak??, siap buat "Leadership" summit lagi tuuuu tiap tahun , ala2 evangelist2 muda kat Amerika tuuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:17 PM | Show all posts
"ISAAC Network" konon-konon nyerrrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 04:18 PM | Show all posts
ok..................
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:20 PM | Show all posts
Stevie Wonder versi gemuk laaa kata kannnn "Dr. JD"  yg dipuja-puja tuuuu......
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:20 PM | Show all posts
Patutlah di haromkan......bodoh rupanya salah sorang lobai tu......

Menutuh wanita tawanan perang halal mengucapkan Merry Christmas harom! Hahahahaha

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:22 PM | Show all posts
Patutlah di haromkan......bodoh rupanya salah sorang lobai tu......

Menutuh wanita tawanan perang halal mengucapkan Merry Christmas harom! Hahahahaha

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:25 PM | Show all posts
fuhhhh........dasyhat, macam lagu Temple of the king pulak. , di negara "J" niii pusat dia.

------------

"
Principles of Kingdom Work

God is giving us the opportunity to rebuild the temple. If we don’t rebuild the temple, the connection between heaven and earth will be cut off. The temple is the connecting point. "


-------------


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:48 PM | Show all posts
ustak haslin yg suka nyayi lagu nuste tu ke ??selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Johor ni poyo lebih la. Mohon jgn terasa yea....kalau orang perempuan Johor ni bercakap .." kami tak biasa shopping di Kl, selalu shopping di Singapore".  
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la tanda2 awal kiamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 04:55 PM | Show all posts
biar je  lah bangsa C tu dokan kesejahteraan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:59 PM | Show all posts
biar la baginda nak blacklist kan sapa .... johor kan negara dia....
jgn berani persoalkan titah raja, sbb raja@sultan itu kan ketua agama negara.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 05:00 PM | Show all posts
semoga Negara J tak di timpa bala dr Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka mufti menk..tp ustat boliwood tu hmmm..selayaknyalah kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.229135 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list