CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1348|Reply: 18

[Jenayah] kerana anjing auta malaya, FAM didenda RM180k

[Copy link]
Post time 1-11-2017 07:49 AM | Show all posts |Read mode
Penyokong Buat Hal, AFC Denda FAM Sebanyak RM180K

Oleh Sulaiman Ismail
October 31, 2017 • 5:50 PM

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan hukuman denda kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak AS$42,500 (RM179,732) kerana kesalahan penyokong ketika acara bolasepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), pada bulan Ogos lalu.

Sebanyak AS$30,000 (RM126,870) daripada jumlah itu dikenakan kerana penyokong menyanyikan lagu ‘chant’ yang menghina pasukan lawan, ketika Malaysia berdepan Brunei dan Malaysia bertemu Singapura di Stadium Shah Alam pada 14 dan 16 Ogos lalu.

Difahamkan ‘chant’ yang dinyanyikan oleh penyokong itu termasuk “Kami datang ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, Anjing Brunei patut dibunuh” ketika perlawanan Malaysia menentang Brunei.

Satu lagi chant yang didedahkan oleh AFC ialah “Kami turun ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, Anjing Singapura patut dibunuh” dan “Singapura anjing, Singapura anjing, Singapura anjing” ketika aksi berdepan Singapura.

FAM turut diperintahkan membayar denda sebanyak AS$7,500 (RM31,717) kerana melanggar Artikel 65.1 yang dibaca bersama dengan Artikel 64.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Hukuman itu dikenakan kerana tindakan penyokong membakar mercun pada minit ke-87 ketika aksi separuh akhir Malaysia berdepan Indonesia di stadium sama, pada 26 Ogos lalu.

Sementara itu, FAM turut didenda kerana tindakan penyokong membaling 50 hingga 60 botol minuman ke padang ketika aksi peringkat Kumpulan B, diantara Indonesia dan Kemboja.

FAM yang juga selaku penganjur pertandingan didenda sebanyak AS$5,000 (RM21,145) kerana melanggar Artikel 64.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

AFC berkata, kesemua denda hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini dan hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya kesalahan sama masih berulang.

Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada turut dikenakan hukuman denda AS$5,000 (RM21,152) susulan tindakannya mengkritik dan mempersoal keputusan pengadil.

Vingada didakwa melakukan kesalahan itu pada sidang media selepas aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Oktober lalu.

Selain Vingada, kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim turut didenda AS$1,000 (RM4,230) kerana didapati bersalah melakukan terjahan berbahaya ke atas pemain lawan, ketika aksi timbal balik berdepan Hong Kong pada 10 Oktober lalu.

“Safiq Rahim digantung satu perlawanan, termasuk satu penggantungan automatik selepas diperintah keluar padang (menerima kad merah) ketika perlawanan Hong Kong dan Malaysia.

“Penggantungan satu perlawanan akan dikenakan pada aksi seterusnya (kelayakan Piala Asia 2019) antara Korea Utara dan Malaysia pada 10 November nanti,” kata AFC.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 07:55 AM | Show all posts
tahniah ler penyokong malaysia yg buat chant2 tu... mentaliti pprt tahap kelas ketiga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:10 AM | Show all posts
Edited by OmJualGas at 1-11-2017 08:14 AM

bila kan kuyuk malaya ani masuk piala dunia aaa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa panggil anjing? Kenapa tak panggil babi?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tindakan jahat untuk mencemarkan reputasi Presiden FAM.
Buatnya dia merajuk letak jawatan, lagi hanyut la bolasepak Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:26 AM | Show all posts
ko denda orang....orang lain pula denda ko...fair ler....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2017 08:31 AM | Show all posts
msia ni tak layak main bola pun, mian congkak je la
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa jakun sangat penyokong. Kalu dia tulis Indonesia Anjing agaknya mau Indon langgar Malaysia.

Ni seme org x pakai otak buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 08:37 AM | Show all posts
ultra78 replied at 1-11-2017 08:17 AM
Kenapa panggil anjing? Kenapa tak panggil babi?

panggil anjing sebab yg memanggil tu dah babi.. bodoh punya perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:41 AM | Show all posts


cipta lagu baru untuk pertandingan akan datang .. boleh tunjuk kebodohan diri sendiri ramai-ramai
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 08:41 AM | Show all posts
Kesian FAM. Penyokong punya hal, Persatuan pula yang kena denda. Lepas ni bolehlah naikkan harga tiket untuk dapatkan semula nilai denda tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 09:03 AM | Show all posts
mentaliti leluhur dna yindon sgt um ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:01 AM | Show all posts
xpaham kenapa nak panggil orang anjing
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:23 AM | Show all posts
so lame....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:40 AM | Show all posts
ini ke yang dipanggil semangat kesukanan???
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:43 AM | Show all posts
redz85 replied at 1-11-2017 08:41 AM
cipta lagu baru untuk pertandingan akan datang .. boleh tunjuk kebodo ...

Hahahaha ... Itulah bukti creativity dan kencintaan mereka terhadap FAM dan team sepakbola Malaysia.. yang patut terus dijaga dan dipelihara agar x musnah dan hilang ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 11:20 AM | Show all posts
aku komen pasal ni kat ig, tapi ada orang reply "baik ko tengok sukan sekolah je". Yang tulis macam tu pulak bbnu.  Nanti aku nak cari balik komen orang tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 11:42 AM | Show all posts
pembisikmaut replied at 1-11-2017 02:43 AM
Hahahaha ... Itulah bukti creativity dan kencintaan mereka terhadap FAM dan team sepakbola Malaysi ...

PancaSIAL indogneSIAL garuduburku...

Indon jongos sampah sial lahanat bangsat keparat ummah tolol goblok gagal total ketutunan abubu pelacur henjutan Belanda...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 12:01 PM | Show all posts
sepatautnya Ultras Malaya ini diharamkan...team bola pun tukar nama dari Harimau malaya to Malaysian Team..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066727 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list