CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 13

[Tempatan] Edisi Alam semula jadi : Najis ayam: Sungai Johor tercemar lagi

[Copy link]
Post time 30-10-2017 08:57 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU - Siasatan yang dijalankan mendapati pencemaran kali ketiga yang berlaku di Sungai Johor, semalam hingga menjejaskan 160,000 akaun pengguna Loji Rawatan Air (LRA) Semanggar berpunca dari pihak sama yang terbabit dalam kejadian pencemaran sebelum ini.

Exco Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, pencemaran didapati berpunca dari kilang memproses najis ayam yang beroperasi berhampiran sungai berkenaan.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini tidak menyokong kelulusan dalam Penilaian Awal Tapak (PAT) bagi meneruskan projek berkenaan di kawasan itu dan pihaknya turut kesal apabila pihak Pejabat Tanah tempatan serta Jabatan Veterinar tidak mengambil tindakan tegas dalam isu berkenaan.

"Pihak Syarikat Air Johor (SAJ) telah jejaki punca pencemaran dan setelah kita lihat bahawa puncanya sama seperti insiden sebelum ini iaitu disebabkan kilang memproses najis ayam.

"Saya dah sebut sebelum ini bahawa sungai Johor yang membabitkan dua LRA iaitu Semanggar dan Sungai Johor bahawa tindakan tegas perlu dilakukan kerana melibatkan air dan kepentingan orang ramai.

"Kita tidak beri sokongan pada peringkat PAT tetapi mereka masih beroperasi, yang penting adalah tuan tanah iaitu Pejabat Tanah dan siapa yang bertanggungjawab kepada industri itu iaitu Jabatan Veterinar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Graduasi Johor Talent 3 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Ayub menegaskan, kilang memproses najis berkenaan perlu ditutup serta-merta bagi memastikan insiden sama tidak terus berulang dan menyebabkan kesukaran kepada ramai pengguna di kawasan yang terlibat.

"Tindakan tegas perlu diambil, kilang itu mesti tutup jika tidak masalah sama akan berulang dan kita akan terus adakan mesyuarat.

"Pihak JAS tidak ada kuasa untuk tutup tapi kita dah rujuk perkara ini kepada Jabatan Veterinar dan Pejabat Tanah mereka patut ambil tindakan segera. Masing-masing dah ada bidang kuasa patutnya jalankan tanggungjawab," katanya.

Dalam pada itu katanya, satu mesyuarat akan diadakan esok berkaitan isu berkenaan yang akan dipengerusikan Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj) bersama agensi terlibat termasuk SAJ, JAS, Pejabat Tanah dan Jabatan Veterinar.

Terdahulu, SAJ dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan LRA Semanggar bermula 27 Oktober susulan penemuan kehadiran Ammonia berulang di Sungai Johor dan menjejaskan kira-kira 160,000 akaun sekitar kawasan Senai, Pulai dan Skudai.

Insiden berkenaan merupakan kali ketiga berlaku sepanjang tahun ini dengan bacaan Ammonia mencapai tahap 2.75 ppm berbanding bacaan 1.5 ppm yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

http://www.sinarharian.com.my/ed ... cemar-lagi-1.749295


Tercermar lagi.....tauke tak takut & tak kesah . Salah sapa??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 09:00 AM | Show all posts
at least bukan najis babi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2017 09:02 AM | Show all posts
Singapore steps up water production to meet demand following pollution in Johor River



Water production at Singapore's desalination plants and local waterworks has been stepped up to meet demand here, after pollution in the Johor River led to the temporary closure of four water treatment plants along the river, including one in Kota Tinggi that is managed by Singapore.

The PUB said in a post on its Facebook page yesterday that water supply in Singapore will not be affected even though the Johor River Waterworks had to temporarily stop treatment operations at 11am last Saturday. This was after high ammonia levels were detected in the Johor River.

The stoppage disrupted the supply of water from the facility to Singapore and some parts of Johor. But the shortfall in Singapore has been accounted for by local production, added the PUB.

"Water supply in Singapore will not be affected as PUB had stepped up production at the desalination plants and local waterworks to meet demand," the PUB said.

The Johor authorities detected high levels of ammonia in the Johor River, from which Singapore also draws part of its water supply.

Malaysian newspaper The Star reported yesterday that Johor ordered a poultry farm and factory in the Kota Tinggi district that converts manure into fertiliser to shut down, after it was identified as the source of the pollution.

Johor, which is just north of Singapore, shut down three of its water treatment plants - in Semangar, Sungai Johor and Tai Hong - last Saturday. The move cut water supply to 1.8 million people.

Johor residents in at least three districts, including the capital Johor Baru, neighbouring Kulai and Kota Tinggi, were affected by the shutdown, which was expected to last up to two days, Mr Jamaluddin Jamal, corporate communications head of SAJ Ranhill, a Johor government water-supply services company, said last Saturday.

He said the ammonia level of 2.75 parts per million (ppm) recorded late last Friday night stayed at the same level at 4.30pm last Saturday. This is much higher than the Malaysian Health Ministry's permitted level of 1.5ppm.

"This is not the first time high levels of ammonia have disrupted water supply. We have recorded three major incidents this year alone," The Star and Bernama quoted him as saying.

Mr Jamaluddin said that the situation could be prolonged if ammonia levels do not drop, adding: "We urge the public not to panic, and to use water wisely."

http://www.straitstimes.com/sing ... tion-to-meet-demand
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:06 AM | Show all posts
Memproses najis ayam? Buat baja ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
3 kali terjadi xde amek tindakan langsung. nmpk sgt x buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:26 AM | Show all posts
Jabatan-jabatan ni saling tuding jari la kan..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2017 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je 2 bulan lepas takde air....ni takde lagi,
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:31 AM | Show all posts
mostly kilang2 pemprosesan yg kecik2 mmg xde proper waste management
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali juga rupanya sg tercemar. Tapi jarang masuk berita. Masa di selangor, tiap2 hari ada sampai nak muntah melihatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:33 AM | Show all posts
woiii..dh 3x dh kot..
yg mase bln july tu lagi la...

tolong la penguatkuasa..ckp nk ttup kan kilang tu la ape la..

nti beroperasi balik..pastu jadik balik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 30-10-2017 09:09 AM
3 kali terjadi xde amek tindakan langsung. nmpk sgt x buat kerja.

Takkan sultan kena marah baru semua nak buat kerja ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah berkali2 jadi, tapi xde tindakan konkrit. Dasar incompetent. Rasuah la tu, tauke tu xde takut. Sinis je tgk klu melibatkan pejabat tanah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
zonan4 replied at 30-10-2017 09:35 AM
Takkan sultan kena marah baru semua nak buat kerja ?

no comment haha.. x tau la apa fungsi setiap jabatan. xkn nak viral baru buat kerja, pastu tunding jari pada org lain. Bangau oh bangau
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
zonan4 replied at 30-10-2017 09:35 AM
Takkan sultan kena marah baru semua nak buat kerja ?

Sultan johor pernah peduli ka masalah pencemaran air, bekalan air kepada rakyat jelata semua ? Tmj pun aku tengok tak pernah kisah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.068798 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list