Kebiasaannya kaum lelaki mengimpikan alat sulit yang besar dan panjang namun bagi seorang pemuda di Kenya, memiliki zakar yang besar merupakan pengalaman terburuk dalam hidupnya.
Horace Owiti Opiyo, 20 tahun atau mesra dipanggil Forence terpaksa menjalani pembedahan kerana zakarnya membengkak hingga lima kilogram.
Forence tidak dapat mengenakan pakaian normal seperti kawan-kawannya lain selepas menemui benjolan di kemaluan pada 2006.
Seterusnya pada 2007, dia menjalani pembedahan tetapi benjol tersebut muncul kembali sehingga membuatkan buah zakarnya kembali membengkak dengan lebih teruk, menurut laporan media di negara Afrika itu.
Hasil kajian sekumpulan doktor akhirnya mengenal pasti keadaan yang dialami Forence ini berlaku akibat gigitan nyamuk yang kemudian membawa larva ke dalam aliran darahnya. Ulat halus itu tumbuh menjadi parasit.
Ia selepas itu tumbuh subur menutup sistem aliran darah sehingga menyebabkan pembengkakan. Situasi pelik ini menyebabkan pemuda berasal dari kota Kibigori itu mengalami rasa kesakitan yang agak luar biasa.
Bahkan keadaan tersebut membuatkan dirinya tidak dapat menjalani kehidupan normal. Malangnya, masalah ekonomi pula mengakibatkan Forence tidak dapat membayar kos pembedahan di sebuah hospital tempatan.
Justeru dia cuba kepada perubatan secara herba tetapi ia juga belum berhasil. Forence menerusi catatan dalam akaun Facebooknya menulis: “Pada awalnya benjolan itu amat kecil, seperti bisul sebelum tumbuh besar.
“Saiznya menjadi seumpama kepalan tangan saya dan terus bertambah besar.” Akibat masalah ini, Forence terpaksa berhenti sekolah kerana batang zakarnya terus membengkak membuatkan dia tidak mampu mengenakan pakaian.
Bukan itu sahaja, Forence gagal berjalan kerana menanggung berat kemaluannya. Dia juga menjadi bahan jenaka rakannya. Pemuda ini tinggal bersama saudaranya, Eliza dan neneknya, Salina selepas ibu bapanya meninggal.
“Saya katakan kepada nenek jika saya dijangkiti penyakit tetapi saya tidak tahu penyakit apakah yang menyerang saya. Ini mungkin satu sumpahan, saya tahu ini bukan pekerjaan Tuhan, tetapi syaitan,” tambah dia lagi.
Sebagai usaha untuk menolong pemuda ini, jiran tetangganya, Duncan Otieno mengambil foto Forence dan memuat naik kisah sedihnya menerusi laman sosial Facebook sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan.
Berita ini sampai kepada isteri Gabenor Kisumu, Olivia Ranguma. Wanita tersebut kemudian meminta bantuan seorang doktor untuk memeriksa keadaan Forence dan membawa pemuda itu ke sebuah hospital pakar.
Kemudian sepasukan doktor di Hospital Jaramogiginga Odinga memeriksa Forence dan menyatakan dia mengalami situasi penyakit apa lazim disebut dengan kelainan Scrotal elephantiasis dan memerlukan dua kali pembedahan.
Foto - dailymail.co.uk
Syukurlah, selepas dua pembedahan tersebut berjaya akhirnya Forence kini sudah dapat hidup normal seperti lelaki lain dan bercita-cita ingin memiliki isteri suatu masa nanti. - CARI
AMARAN : Video di bawah ini mengandungi grafik lucah dan mungkin mengganggu mood anda.
|