|
Kuasa mekap memang sangat hebat dan luar biasa! Sentuhannya dapat mengubah wajah seseorang dalam beberapa minit sahaja. Cukup dengan memberi sentuhan pada mata, hidung, pipi dan voila! Wajah seseorang sekelip mata terlihat menakjubkan.
Memetik Dream.co, Elliot Joseph Rent dari England berhasil memukau netizen dengan seni solekannya. Dengan mekap, dia mampu 'mencetak' wajah selebriti pada wajahnya sendiri!
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, kita boleh lihat koleksi perubahan rupanya menyerupai selebriti.
Cuba lihat gambar ini. Mirip Ellen DeGeneres, bukan? Bukan itu sahaja, Elliot mampu meniru senyuman Ellen dengan baik sekali! Hanya dengan mengenakan rambut palsu yang sesuai, sedikit sentuhan mekap serta kanta lekap, penampilan Ellen berjaya ditirunya dengan sempurna.
Wajah Leonardo DiCaprio pun Elliot boleh tiru tau. Paling luar biasa, dia boleh 'menjadi' Ratu Elizabeth!
Hm, tapi macam takut pula tengok 'kembar' Ratu Elizabeth ni. Apapun, inilah rupa sebenar Elliot.
Oh tak lupa juga, dia diberi julukan Drag Queen kerana minatnya itu ya. Tapi disebabkan dia tak mahu digelar MUA, Elliot menggunakan teknik digital di samping alat mekap untuk mencipta ilusi visual.
"Saya bukan seorang MUA. Saya mencipta ilusi visual dengan menggunakan mekap dan manipulasi digital. Teknik digital digunakan untuk menciptakan apa yang tidak boleh dilakukan mekap," ujarnya.
Anda boleh lihat sendiri gambarnya yang lain di IGnya. - CARI |
|