Apa kes dengan hubungan pasangan selebriti Emma Maembong dan Kamal Adli sebenarnya ni? Kalau nak tahu, Emma sendiri dah buka mulut kata hubungan mereka sudah berahir.
Foto: IG Emma Maembong
"Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus,"
katanya kepada BH Online.
Fatimah Rohani Embong, 25, atau lebih mesra disapa Emma tak menolak dakwaan punca keretakan hubungan mereka disebabkan orang ketiga iaitu pelakon Zahirah Macwilson.
"Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.
"Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, 'chemistry' (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.
"Kalau betul kemesraan ditunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain," ujarnya.
Foto: IG Kamal Adli
Menurut Emma, dia tidak membuat tuduhan tak berasas. Katanya, tindakan Kamal dan Zahirah menuding jari kepada pelbagai pihak mengeruhkan lagi keadaan.
"Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.
"Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka," katanya.
Foto: IG Emma Maembong
Apa ni Kamal? Kasihan Emma. Mesti dia kecewa bila kepercayaan diberi dikhianati begitu sahaja. - CARI |