CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5554|Reply: 26

Saint Helena, Inilah Pulau Paling Terpencil Di Dunia

[Copy link]
Post time 24-10-2017 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang tidak mengetahui kewujudan pulau yang terletak di laut Atlantik Selatan ini.


Ini kerana pulau yang dikenali sebagai Saint Helena ini merupakan satu kawasan yang sangat terpencil dan juga payah sekali dijangkau.


Ia berada di tengah-tengah antara dua benua iaitu Amerika Selatan dan juga Afrika.


Lebih tepatnya ia berada 4,000 km dari timur Rio de Janeiro dan juga 1,950 km dari barat Cunene River yang berada di Afrika.






Pun begitu, ramai pencinta destinasi pelancongan mula membicarakan tentang Saint Helena yang pertama kali ditemui oleh orang Portugis pada 1502 ini.


Nampaknya, impian mereka yang gemar melancong untuk menjejakkan kaki ke Saint Helena bukan lagi mustahil.


Ini kerana SA Airlink telah melancarkan penerbangan pertamanya ke pulau yang berada dalam teritori British ini, pada pertengahan Oktober.






Penerbangan bersejarah itu dilakukan dari Jiohannesrburg, Afrika Selatan ke Saint Helena selama 6 jam. Malah ia dikatakan penerbangan pertama yang membaca pelancong ke situ.


Perjalanan ke sini pastinya membawa seribu kemanisan kerana pemandangan alam masih terjaga tanpa adanya tangan jahat manusia.


Sebelum ini, perjalanan ke pulau ini adalah dengan menaiki kapal yang memakan masa selama dua minggu.






Mempunyai penduduk seramai 4,534 orang sahaja ia dikatakan sebagai pulau paling aman di dunia dengan keluasan 121 kilometer persegi.


Namun, tiket yang ditawarkan jauh lebih mahal dari penerbangan ke London ya iaitu sekitar RM4,380! - CARI






FOto: Carian internet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik. Tp mcm xde apa yg menarik pon..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 08:39 PM | Show all posts
kalau akak ada kt situ akak letak bowling pin dekat hujung panjat bukit swing bowling sampai hujung bawah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya tiket flight ke situ huhu. Teringin nak ke Vanuatu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 10:28 PM | Show all posts
Cantiknya tempat ni.. kalau la dapat pergi
first time dengan psal St. helena ni.. Thanks TT buka thread pasal ni..
Would love to know more abut this beautiful island
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 11:38 PM | Show all posts
Cantikk...tp mahal sgt tiket flightnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2017 12:11 AM | Show all posts
Tak detail ceritanya, apa yang menarik dekat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 03:31 AM | Show all posts
Perjalanan ke sini pastinya membawa seribu kemanisan kerana pemandangan alam masih terjaga tanpa adanya tangan jahat manusia.
Perjalanan ke sini pastinya membawa seribu kemanisan kerana pemandangan alam masih terjaga tanpa adanya tangan jahat manusia.


hati2 lah bile dah bawak pelancong masuk tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2017 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiri kanan bukit.. x minat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 08:53 AM | Show all posts
Wow
Macam pekan kecil macam dalam Cars
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 09:35 AM | Show all posts
baru lepas tgk google street view
mmg cantik pokok2 pon byk
highway xpasti ada ke x mcm xde
cuma ada jln2 biasa je
terbayang lepak tepi laut tu makan pisang goreng dgn teh tarik
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalammu'alaikum dn selamat sejahtera.
Ni kalau org minat sejarah, suka kot mai sini.  Kot2 nk rasa mcm mana napeleon faced his last days dlm buangan ke... or nk romanticized kisah dr james barry ke...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 10:38 AM | Show all posts
macam menarik je tempat ni.boleh letak dalam list ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 10:50 AM | Show all posts
cantik, tapi apa yg menarik kat situ selain pemandangan nya yg boleh dpt kat pulau2 lain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 11:19 AM | Show all posts
xde la nmpk kekampungan...
tp tiket mahal nau
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 11:51 AM | Show all posts
Genkidesuka replied at 25-10-2017 10:31 AM
Assalammu'alaikum dn selamat sejahtera.
Ni kalau org minat sejarah, suka kot mai sini.  Kot2 nk ras ...

James Barry yang Dr James Barry aka Margaret Anne Bulkley ke?
yang sebenarnya perempuan bukan lelaki ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2017 02:57 PM | Show all posts
Pulau yang terpencil jadi expected harga ticket penerbangannya juga pasti mahal
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 04:55 PM | Show all posts
tak nampak pon gambar yang menggamit! letrak la gambar yg best lagii
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 06:25 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 25-10-2017 11:51 AM
James Barry yang Dr James Barry aka Margaret Anne Bulkley ke?
yang sebenarnya perempuan bukan lel ...

Ha ye.  Yg tu la.  

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 08:16 AM | Show all posts
indah ciptaan tuhan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.969958 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list