Wow, recik acik-acik kita tengok 'body baru' Shaheizy Sam yang kini tampil lebih sado!
Shaheizy Sam Abdul Samad, 35, menayang bentuk badan sadonya itu menerusi laman Instagram (IG) miliknya, dan lihat sahajalah respon daripada netizen.
Rata-ratanya memuji usaha yang dilakukan Sam bagi menjayakan watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 2 yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.
Ha, dalam banyak-banyak yang memuji tu, ada juga yang kurang senang dengan tindakan Sam menayang badannya secara terbuka begitu.
"Aurat bang, kita Islam hendaklah menutup aurat," tulis netizen.
Hm, apa pula kata pembaca? 'Cair' ke tengok badan baru Sam? - CARI |