View: 4313|Reply: 48
|
Jamal Yunos Buka Restoran, Belanja Warga Malaysia Makan Percuma Setiap Hari
[Copy link]
|
|
sumber : Sinar Harian
Setelah dikecam pelbagai pihak berikutan tindakan memecahkan botol minuman bir di depan bangunan SUK Selangor, kelmarin Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan sebuah Restoran Gabungan NGO 1Malaysia telah dibuka di Jalan Pahang hanya untuk semua warga Malaysia menjamu selera secara percuma.
"Tidak kira fahaman politik atau penyokong parti politik mana, sesiapa sahaja dialu-alukan untuk datang ke restoran ini menikmati juadah disediakan setiap hari."
“Niat kami ikhlas, kami juga mahu membantu golongan muda atau orang ramai yang terpaksa ikat perut kerana tidak mampu untuk makan tengahari,” katanya.
Memetik laporan Sinar Harian, Jamal berkata, restoran ini menyediakan juadah makan tengahari untuk 1,000 pelanggan.
“Mereka yang datang sila beratur, makan sampai kenyang kemudian cuci pinggan kerana perkhidmatan cuci pinggan tiada di restoran ini."
Setiap hari ada 25 sukarelawan daripada NGO sudi membantu di restoran ini termasuk tukang masak,” katanya.
Tambah beliau, makanan yang dihidang merupakan masakan kampung. Menu pilihan adalah kari ikan, ayam goreng, ikan sardin masak pedas, ikan goreng dan pelbagai lagi menu lain.
“Makanan ini dimasak di sini, sebelum dihidangkan kepada orang ramai, menunya pula bertukar pada setiap hari." - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Menu lauk Ikan bakar Sin Chan ada tak. Sedap tau menu tu sampai jamal pun boleh bengkrapsi
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah tak buat kat area opis aku nie..
dapat jimat duit lunch.. |
|
|
|
|
|
|
|
sungguh la ni pru nak dekat dah ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ceh, makan free.. Dia ingat open house ka? Ini Malaysia la. Mana ada orang tak duit nak makan.
Samada Jamal ni bohong atau najib bohong, |
|
|
|
|
|
|
|
nak PRU ni memacam ye haha..kita tengok sampai bila |
|
|
|
|
|
|
|
...dah tiba masanya utk kita sokong umngok sehingga hujung taon nih |
|
|
|
|
|
|
|
jadi istilah there is no such thing as a free lunch sudah tidak wujud lagi kan?
ummah pprt apa lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
haha jenuh beratur nak cuci pinggan tu nnt, xcukup sejam masa rehat XD |
|
|
|
|
|
|
|
Lauk apa la agaknya?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hidup Datok Jamal!!![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmmm mcm macm dia ni................... |
|
|
|
|
|
|
|
perhhh kayooo kayooo//
ke sistem barter sprti kata tiyah>?? |
|
|
|
|
|
|
|
siap makan kene cuci pinggan.. comel je. kate free kan ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR – Warga kota menyerbu Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, hari ini, untuk menikmati hidangan percuma.
Pelanggan, Amiruddin Jali, 60, berkata,menu makanan di restoran ini juga sedap.
“Makanan disediakan secara buffet, menu pada hari pembukaan ini adalah masakan selera kampung atau menu kenduri kahwin ada nasi minyak dan nasi biasa serta pelbagai jenis lauk.
Saya berharap restoran percuma ini dapat membuka cawangan di beberapa lokasi lain,” katanya.
Seorang lagi pelanggan dari Johor Baharu, Ling Ka Man, 60, berkata, dia mengetahui restoran ini daripada laman sosial.
“Kebetulan saya ada urusan untuk membuat visa di Kuala Lumpur, kemudian saya datang ke restoran ini untuk merasai masakannya, menu di ini sedap.
“Perbuatan pemilik restoran ini amat baik kerana memberi makanan percuma pada orang ramai. Pemilik restoran juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, menu makanan percuma ini disediakan untuk 1,000 rakyat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
“Pada hari ini, saya terpaksa menambah kuantiti juadah sebanyak 1,000 lagi kerana ada sebahagian makanan sudah habis pada jam 1 petang,” katanya.
Menu pada hari pembukaan restoran ini antaranya, ayam goreng masak merah, sambal ikan, ikan goreng, kubis masak lemak putih dan jagung rebus. Air yang disediakan pula air sirap dan air mineral.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/ed ... an-percuma-1.743983
okla tu dia bagi makan free... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada yg pegi ke? hari ni menu apa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|