CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 11

"Najib Sebenarnya Adalah Musuh Negara" - Tun Mahathir

[Copy link]
Post time 15-10-2017 11:43 AM | Show all posts |Read mode

sumber : Facebook

sumber : Facebook



"Najib sebenarnya adalah musuh negara. Di mana-mana kita pergi, (orang) bertanya apa sudah jadi pada negara kamu."


Demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Mahathir Mohamad ketika membuat ucapan penutup pada Himpunan "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya semalam.


Memetik laporan Malaysiakini, bekas perdana menteri itu menjelaskan, satu ketika dahulu Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa sudah mendapat imej buruk, yang didakwanya berpunca daripada pentadbiran Najib.


Beliau turut menyelar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang menurutnya berbohong apabila mengatakan badan itu berusaha membanteras rasuah.


"Hari ini, SPRM rajin ke Sabah dan tangkap orang, tetapi penyangak terbesar tiada apa-apa siasatan."


Beliau merujuk tangkapan beberapa pemimpin Umno dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) berhubung dakwaan penyelewengan dana yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal daripada portfolio itu ketika rombakan kabinet pada 2015.

"Selagi tiada siasatan terhadap RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib...tak usahlah Dzulkifli nak kaburi mata rakyat kononnya dia cergas menghalang (rasuah)," katanya lagi.


sumber : Facebook




Beliau yang berucap selama kira-kira 30 minit, memberitahu orang ramai bagaimana pentingnya undi mereka untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN)-Umno sekarang.


"Dua hari lalu kami diberitahu yang perhimpunan dibatalkan kerana akan ada kekacauan. Saya tidak lihat huru-hara. Kita bertamadun tidak seperti pencuri," katanya.


Tegas beliau, HARAPAN akan mengambil lima langkah antirasuah bagi masa 100 hari mentadbir negara, antaranya menangkap "Malaysian Official 1", menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dakwaan penyelewengan 1MDB dan Felda dan menubuhkan badan bebas untuk mengembalikan aset rakyat yang diselewengkan.- CARI

sumber : Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rakyat faham yg masalah besar negara sekarang ialah pemimpin BN zaman sekarang...mmg patut diubah. It does not mean BN akan datang. Bersihkan apa yg tak betul sekarang....kita bukan tak kenang sejarah BN cuma apa yg BN buat sekarang kurang betul....betulkan balik...kembalikan zaman keadilan BN.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah.. setuju.. kerajaan BN yang ada sekarang betul2 membuatkan rakyat semakin tertekan.. dengan peluang pekerjaan yg sgt sgt kurang, dengan minyak naik, harga barang yg xdpt dikawal, student yang keluar universiti ramai yg menganggur. Bukan masalah pilih keje tp keje x ade. Bisnes pon teruk skarang. Saye harap sgt semua yg belom daftar mengundi tu, tlg la pegi register. Dan marilah semua pegi mengundi. Dan kali ini tlg la fikir parti yg betul2 boleh selamatkan Malaysia. Skarang ni kite bukan pk siapa betul siapa salah. Kite pk camne nak selamat Malaysia. Parti mane yg dilihat mampu selamatkan negara kite ni. Tengok dah teruk sgt ni. Bukan hanya utk kite je, utk anak cucu kite jugak nanti. Kalau dari sekarang kite xamek endah, mungkin Malaysia akan jdi mcm Indonesia. Sekarang pon dah nampak sikit2. Dengan warga asing nye ramai. Bawak penyakit je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy xnk bulldog
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bukan kak mah ke.. ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa... Kat tvgila punya la sikit org dia tunjuk.. Tak dapat sambutan katanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2017 01:55 PM | Show all posts
kami lebih percaya Tun Dr Mahathir ,doktor yang  mampu make Malaysia Great Again
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jesrina: Itulah.. setuju.. kerajaan BN yang ada sekarang betul2 membuatkan rakyat semakin tertekan.. dengan peluang pekerjaan yg sgt sgt kurang, dengan minyak  ...



betulllll!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq @raradhia {:spec
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tq @raradhia
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai x pedulik. Kau bergasak sampai mampus semua. Jangan nk libatkan weols rakyat marhaen. Weols bukannye sedara ngkau
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 12:11 AM | Show all posts
ok jatuhkan BN lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.387252 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list