|
Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, merupakan salah satu perayaan yang disambut dengan meriah di Berjaya Times Square Kuala Lumpur (BTSKL).
Tahun ini, BTSKL menampilkan kolam bertema “The Hues of Diwali” dan seni mural yang disediakan oleh sekumpulan anak muda dari Institut Seni Lukis Malaysia (MIA).
Kolam, yang terletak di tingkat bawah BTSKL, menampilkan elemen burung merak yang merupakan binatang suci dalam Agama Hindu.
Kolam tersebut yang berukuran 400 kaki, dihasilkan oleh 40 pelajar MIA dengan bantuan 35 anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Mary dan Bodhi Homecare Centre.
Selain kolam, pengunjung juga berpeluang menghayati seni mural secara langsung yang dihasilkan oleh pelajar MIA. Seni mural ini adalah gabungan seni tradisional dan moden yang menggambarkan perayaan Deeepavali yang berwarna-warni.
Kolam tersebut telah dirasmikan oleh Cik Koh Huey Min, Pengarah Eksekutif Berjaya Times Square dan Dr Lok Lay Hong, Ketua Pegawai Eksekutif MIA. Mereka disertai oleh 35 anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Mary dan Bodhi Homecare Centre.
“Tahun ini, BTSKL bukan saja menyambut perayaan Deepavali tetapi juga menyambut kepelbagaian dan kreativiti yang dihasilkan oleh bakat-bakat muda dari MIA.
"elajar-pelajar ini yang berlainan etnik dan latar belakang yang berbeza telah menunjukkan semangat sejati ‘1Malaysia’ dengan bekerjasama untuk menyempurnakan Kolam dan seni mural dan kami berasa bangga untuk berkongsi hasil kerja mereka dengan pengunjung-pengunjung kami,” kata Cik Koh Huey Min.
Pengunjung BTSKL juga berpeluang menyaksikan tarian tradisional kaum India pada 6, 14 dan 15 Oktober 2017. Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM100 di BTSKL, berpeluang mendapatkan lukisan inai secara percuma pada 14 dan 15 Oktober 2017. Tertakluk kepada terma dan syarat.
BTSKL mengucapkan ‘Selamat Hari Deepavali’ kepada semua penganut Agama Hindu dan para pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.berjayatimessquarekl.com atau ikuti BerjayaTimesSquareKL di Facebook dan Instagram. |
|