CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1929|Reply: 9

Kecewa Dengan Masalah? Jangan Pilih Jalan Singkat Yang Sesat!

[Copy link]
Post time 11-10-2017 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Dalam kehidupan seharian, ramai yang dirundung kecewa atas pelbagai sebab. Ada yang putus cinta, berbalah sesama keluarga, masalah rumah tangga, penyakit kronik, tekanan kerja, bebanan tanggungjawab, masalah ekonomi, perasaan rendah diri dan sebagainya.


Namun, tidak semua yang gagah mengharungi masalah hidup dan berusaha mencari solusi untuk menyelesaikannya. Tidak kurang yang cuba bertahan. Bahkan ada segelintir yang terus berputus asa dan memilih jalan singkat dengan menamatkan riwayat diri dan keluarga. Sedih dan sadis.


Terkini, seorang lelaki ditemui mati tergantung. Manakala isterinya yang sakit dan dua anaknya turut meninggal. Kejadiaan itu disyaki berpunca daripada tekanan hidup. Masya-Allah mohon dijauhkan daripada kita.






MASALAH TETAP ADA DI MANA-MANA
Tiada manusia hidup tanpa masalah. Bahkan masalah itu bukan sebagai ‘hukuman’ pada dosa silam. Orang miskin ada masalah. Orang kaya pun tetap ada masalah. Orang baik atau orang jahat, tetap perlu hadapi masalah selagi ia bergelar manusia.


Bayi pun ada masalahnya. Pernah masuk ICU bayi? Macam-macam masalah yang dihadapi bayi di situ. Saya pernah kehilangan seorang anak saudara yang berusia tidak sampai beberapa minit kerana leher terbelit tali pusat. Manakala seorang lagi anak saudara saya meninggal selepas tiga bulan dilahirkan kerana ususnya berada di luar. Dia hanya sempat pulang setelah menjadi jenazah.


Berat tak perasaan ibu bapa anak-anak kecil itu? Pasti mereka memohon diberikan sedikit lagi waktu agar berkesempatan mendakap bayi mereka lebih lama. Jadi, buat ibu bapa yang sedang berhadapan dengan anak-anak yang sakit bertabah dan bersabarlah.


Laluilah perjalanan yang telah ditentukan buat anda dengan sabar dan tenang. Usah dihitung terlalu jauh ke hadapan. Hitunglah sesaat demi sesaat. Seminit demi seminit, sehari demi sehari. Biarlah jiwa kita pasrah selagi diberi peluang meledaninya.


Begitu juga pada yang ada isteri, suami atau ibu bapa yang terlantar. Bapa mertua saya baru sahaja pergi selepas 17 tahun sakit terlantar.  Begitu tega keluarga menjaganya. Allahyarham yang sebelum ini sangat cergas ke sana ke mari tiba-tiba terlantar tak mampu berbuat apa-apa akibat serangan strok. Makan, berak kencing dan mandi, semua dibantu. Kalau kita berada di tempatnya bagaimana agaknya perasaan kita? Ya, sabar!






BUKAN MUDAH TAPI BOLEH
Wahai adik-adik dan teman semua, hidup ini sememangnya untuk menyelesaikan masalah. Bahkan jika masalah itu tidak selesai, maka hiduplah kita dengan masalah itu. Akhirnya jadilah masalah itu sahabat kita. Ya, apa masalahnya kalau ada masalah?


Seorang teman saya, kelihatan bersahaja apabila memberitahu bahawa ibunya tidak meninggalkan harta buat dia tetapi ibunya meninggalkan ‘gula’! Dia mendapat penyakit diabetes sejak kecil yang diwarisi daripada arwah ibunya. Maka dia dan sahabat kembarnya itu (diabetes) perlu hidup berdiplomasi kerana sukar ‘gula’ itu meninggalkannya. Sehingga hari ini dia tetap ‘sihat’ di samping ‘sahabat’nya.


Itu baru disebut soal penyakit. Belum lagi soal duit, ekonomi, hutang, pekerjaan, perhubungan, jenayah, politik, kepimpinan dan 1001 macam masalah lagi. Ibaratnya, celik sahaja mata sudah terbayang masalah.


Kita sedih, rumah kita kecil, flat saja. Ada orang langsung tiada rumah dan tiada negeri untuk berlindung. Menggeletar di dalam kapal, teralun-alun dilambung ombak ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam.


CARA TANGANI MASALAH
1. Uruskan secara mikro – Masalah tidak boleh dilihat seperti kita melihat gajah. Jika kita lihat semua masalah dalam satu bentuk ia memang menakutkan. Bukan sahaja gajah, tetapi mungkin dinosaur atau jembalang yang kita nampak. Cuba bertenang dan senaraikan semua masalah. Kemudian, selesaikan masalah yang paling kecil dahulu. Setelah itu, barulah yang sedikit besar dan seterusnya yang besar. Ambil masa. Jangan harap hendak selesai masalah dalam jangka masa yang singkat atau serentak.


2. Bukan semua masalah kita – Ada orang memang sangat baik hati. Semua masalah orang dia hendak ambil tahu. Bukan sahaja masalah diri dan keluarganya, masalah kucing jiran kawan dia pun dia cuba selesaikan. Oleh itu, sisihkan masalah yang bukan masalah anda. Hadapi hanya masalah anda sahaja. Kecuali anda Perdana Menteri Malaysia.


3. Jangan cari masalah – Orang ini bermacam-macam ragam perangai dia. Suka menambah masalah. Sudahlah masalah sendiri tidak selesai, dia menambah pula masalah lain. Jadi, sebelum terbabit dengan orang lain atau masalah orang lain, fikirkan natijahnya. Kiasulah sikit.






4. Minta bantuan orang lain – Apabila masalah tidak dapat diselesaikan, segera minta bantuan orang lain yang anda percaya. Usah duduk bermurung memikirkan nasib badan. Carilah alternatif dan dapatkan pandangan orang lain. Minta sokongan keluarga atau rakan karib. Adakalanya orang yang tidak kita kenali pun dengan cara tidak disangka-sangka datang membantu. Paling penting jangan hadapi masalah seorang diri. Berbincanglah dengan orang lain, mereka mungkin punya pendapat yang boleh mendorong anda mencari jalan keluar.


5. Hati-hati dengan orang yang menangguk di air keruh – Benar, dalam diri manusia ini ada yang berhati ‘syaitan’. Ada yang memang nampak seperti mahu membantu tetapi sebenarnya ada hajat yang kita tidak tahu. Jadi, hati-hati sewaktu meminta pertolongan. Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa fitnah, viral atau tipu daya.


6. ALLAH tempat mengadu – Saya jamin, sesiapa yang sentiasa mengadu pada Allah tidak mungkin akan mengambil jalan singkat untuk menyelesaikan masalahnya.  Serahkan diri dan masalah anda pada-NYA. Sesungguhnya dialah sebaik-baik penyelesai masalah.


Harapan saya agar kita semua mampu mengadapi apa juga masalah yang mendatang. Usahakan untuk tidur awal dan bangun awal. Masalah tidak akan selesai kalau tidak tidur. Jadi, usahakan tidur yang cukup supaya esoknya anda lebih cergas untuk hadapi masalah tidak kiralah sebenarnya mana pun ia tanpa cuba-cuba memikirkan jalan singkat. Insya-Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih~~
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 03:13 PM | Show all posts
Bila tak fikir panjang jalan singkat tu ler yang dipilihnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 03:39 PM | Show all posts
rajin2 makan ubat bagi yg berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 03:43 PM | Show all posts
Nowadays prob: Masalah hutang, kewangan, family, adik bradik , umahtangga etc  

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 03:50 PM | Show all posts
mslh tu akan hilang, jgn pkir kan sgt...
cri solusi... bkn pikir kan mslh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2017 05:13 PM | Show all posts
dekat2kan diri dengan pencipta..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 05:29 PM | Show all posts
perkongsian yg sgt berguna. masyaallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila rasa kte ni susah..ramai lg susah dr kte..so,cuba lihat pd kelebihan yg kte ada plak..apapun2 berbalik la pd Pencipta kte..Insyallah dpt ketenangan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:58 PM | Show all posts
pujuk je la hati sendiri ....
selebihnya mengadu kpd Allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.806104 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list