CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1488|Reply: 12

Cuba Larikan Diri Dari Sekatan Jalan Raya, Lelaki Cedera Ditembak Polis

[Copy link]
Post time 9-10-2017 03:42 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Malay Mail Online



Awal pagi tadi, seorang lelaki dipercayai cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di Jalan Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur menyebabkan polis yang bertugas terpaksa melepaskan tembakan.  


Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian 2.15 pagi itu, suspek yang berumur 33 tahun yang memandu kereta jenis Honda City telah membuat pusingan U.


Suspek dikejar oleh kereta peronda polis dari IPD Kuala Lumpur sehingga ke kawasan Kampung Kayu Ara sebelum suspek memandu semula ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), katanya.


“Suspek bertindak memandu secara melawan arus di LDP dan menghala ke Puchong, kemudian kereta suspek melanggar bahu jalan dan berhenti."


“Dia kemudian cuba melarikan diri dengan memanjat pembahagi jalan untuk masuk ke persimpangan Jalan SS2/75.”


Mohd Zani berkata anggota polis melepaskan satu das tembakan dan terkena pada bahagian belakang badan suspek.


"Suspek kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan."


Tambahnya, pemeriksaan mendapati suspek bukan sahaja mempunyai rekod jenayah berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan, malah semakan rekod kereta yang digunakan suspek juga mendapati kereta itu dilaporkan dicuri di Damansara.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 03:47 PM | Show all posts
alaa kata hebat buat jenayah

setakat ada road block pn nk cuak

buat2 je la ala2 br blk dr gathering MLM

yakin la sikit smbil2 tu trunkan cermin tingkap sblm polis suruh..pastu bg la salam sikit

baca2 sikit hembus kt polis tu

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 03:59 PM | Show all posts
ooo.. patut la dengar bunyi siren pagi2 smlm.. pukul 2 lebih bising jek..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:08 PM | Show all posts
Takut lah tu kan sebab lari.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:22 PM | Show all posts
gangster yg x menjadi nih.

kalau gangster besar, rileks je kalau roadblock
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:24 PM | Show all posts
takut jugak dgn polis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2017 04:27 PM | Show all posts
mendapatlah ko... berani buat berani tanggunglah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:37 PM | Show all posts
Kantoi sudah siap pakej masuk spital
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapoknya penjenayah ini khenn sis{:run
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:51 PM | Show all posts
aku bengang betul sabtu malam lepas. polis gombak buat roadblock lepas bayar tol gombak hala KL. apa tahik!! jem nak mampus malam tu. babi sangat!

pastu masa roadblock pun bukan cek apa pun, just goyang2kan torchlight je. rasa nak tumbuk je perut buncit polisi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:54 PM | Show all posts
ntah ntah gelabah sebab lesen dah mati roadtax dah mati
dlu aku penah uturn moto depan roadblock polis nasib xkne tembak  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 05:22 PM | Show all posts
patut gi lah nuntut ilmu kebal
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 05:28 PM | Show all posts
giler hebat dah la menongkang arus pastu boleh pulak lari memanjat pembahagi jalan tu, ni mmg betul2 melarikan diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.063793 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list