CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1521|Reply: 2

Kesahihan Gelaran Datuk Seorang Pelakon Sedang Disiasat

[Copy link]
Post time 6-10-2017 12:03 PM | Show all posts |Read mode


sumber : The Malay Mail Online



Siasatan akan dijalankan berhubung penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada seorang pelakon yang dikatakan terbabit dalam kes penipuan penjualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.


Memetik laporan Bernama, tindakan itu dimaklumkan oleh Datuk Seri Muhammad Safian Ismail semasa ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di sini hari ini, yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Menurut setiausaha kerajaan negeri itu, kini semua masih dalam siasatan dan semakan akan dilakukan bagi mengenal pasti samada pelakon itu pernah disenaraikan sebagai seorang daripada penerima penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.


"Jika benar gelaran tersebut diberikan, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara."


Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan membawa perkara itu kepada pengetahuan Sultan Pahang untuk tindakan selanjutnya seperti penarikan semula gelaran tersebut.


Sehubungan itu, Muhammad Safian menasihatkan semua penerima darjah atau pingat kebesaran dari istana Pahang untuk menjaga etika dan berkelakuan sopan bagi menjaga kemuliaan pemberian gelaran itu dan institusi kesultanan.


Pada 3 Okt lalu, media melaporkan seorang pelakon berstatus Datuk ditahan bersama dua individu lain berikutan 188 laporan polis oleh individu yang mendakwa ditipu dua syarikat yang menawarkan rumah kepada pembeli pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.


Bagaimanapun, syarikat berkenaan didakwa tidak menjalankan pembinaan rumah seperti yang dijanjikan selepas pembeli melunaskan pembayaran.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dh ada la
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2017 01:11 PM | Show all posts
agak2 sape la pelakon tu kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.747762 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list