Baru-baru ini kecoh mengenai isu Syed Saddiq mendakwa dia menerima sogokan RM5 juta untuk meninggalkan parti.
Malah, keputusannya menolak tawaran pengajian Ijazah Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford demi meneruskan perjuangan politiknya menjadi bualan hangat netizen.
Foto: IG Syed Saddiq
Bagaimanapun, ramai netizen mempertikaikan tindakannya itu termasuk seorang pengguna laman mikro Twitter ini.
Dia mendakwa surat tawaran diterima Syed Saddiq adalah palsu. Jom tengok kenapa dia kata surat itu palsu!
"Kenapa aku rasa surat (tawaran) ni macam palsu seperti dia buat sendiri?" tulisnya.
Ramai juga yang tak setuju dengan tuduhan lelaki berkenaan kerana menganggap ianya tidak berasas selain memalukan diri sendiri.
"Tak pernah dapat surat rasmi ke dik? Tarikh yang dia tulis tu bertujuan untuk rujukannya sendiri," tulis netizen.
Posting berkenaan mendapat perhatian daripada Syed Saddiq dan kemudiannya memberikan respon terhadap tuduhan itu. Walaupun ringkas, jawapannya memang win!
"Kalau fake, boleh PM @OxfordUnion. Nombor pelajar saya, 1126233," balasnya.
Itulah jawapan ringkas Syed Saddiq. Pun begitu, masih ada yang kurang berpuas hati dengan tarikh yang terpapar pada surat berkenaan, namun beberapa netizen tampil untuk memberikan 'pencerahan' kepada mereka yang masih kurang jelas.
"Aku pun bukan nak buruk sangka, tapi kenapa surat tu kena dibalas 11 May sedangkan surat dibuat pada 17 May?" soal netizen.
Foto: Twitter Syed Saddiq
Kepada anda yang masih ragu-ragu dan tak percaya dengan kata-kata Syed Saddiq, boleh direct tanya Oxford, okey? - CARI |