CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1535|Reply: 7

Ajaib! Anak Lembu Dilahirkan Berkepala Dua Kini Masih Hidup

[Copy link]
Post time 4-10-2017 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Kisah haiwan dilahirkan dengan berkepala dua bukanlah sesuatu kejadian baru.


Hakikatnya haiwan yang dilahirkan dengan kepala kembar tidak dapat hidup lama setelah dilahirkan.




sumber : Daily Mail



Memetik laporan Daily Mail, uniknya seekor anak lembu berkepala dua milik seorang pemilik ladang tenusu di Karachi, Pakistan masih hidup sehingga kini sejak dilahirkan pada 27 September lalu.


Anak lembu yang dilahirkan di Ladang Tenusu Lucky Foods itu tidak mampu berdiri kerana kepalanya terlalu berat dan susu terpaksa diberi menggunakan botol.


Menurut pemilik ladang berkenaan, Salman Mamnoon Hussain, dia merasa amat terkejut apabila pengurus memberitahu seekor anak lembu dengan dua kepala dilahirkan di ladang itu.


“Saya terus pergi ke ladang untuk melihat anak lembu itu. Ia satu keajaiban."


“Pada mulanya saya percaya anak lembu itu mungkin mati tidak lama selepas dilahirkan tetapi sehingga kini ia masih hidup dan sihat,” katanya.


Ujarnya, doktor haiwan di ladang itu menjaga anak lembu itu dengan teliti bagi memastikan ia terus hidup.


“Saya mahu lihat anak lembu ini hidup, berdiri dan berjalan seperti haiwan yang lain,” jelasnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 01:11 PM | Show all posts
tak pelik pun. lain la lembu beranak keluar anak naga
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 01:39 PM | Show all posts
Agaknya si @sebu1 ketika dilahirkan dulu2 camna la agaknya dan apa puncanya sampai la ni kuat mencarots


musykil jugak nieh



Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi.. Sembah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 04:32 AM | Show all posts

confirm kencing lembus ini menjadi rebutan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm... akhir zaman!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2017 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu kt india ..sure dah berpuluh ribu org beratur utk sembah lembu ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 06:16 PM | Show all posts

pakistan sembah tuhan yg satu uols kalau india mesti lembu ni dh pakai rantai emas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.439797 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list