CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6349|Reply: 65

[Dunia] Pertandingan carian lelaki kacak DIBATALKAN, penganjur cakap sebab peserta tak c

[Copy link]
Post time 3-10-2017 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Villahermosa, Mexico: Satu pertandingan mencari lelaki paling kacak di negeri Tabasco, Mexico terpaksa dibatalkan selepas penganjur gagal mencari calon menepati syarat yang ditetapkan.

Pertandingan ‘Mr Model Tabasco 2017’ bertujuan mencari lelaki paling tampan di negeri itu yang dianjurkan pada setiap tahun.

Bagaimanapun, penganjur terpaksa membatalkan pertandingan pada tahun ini selepas calon yang terpilih dianggap tidak cukup kacak.

Untuk menyertai pertandingan itu, penganjur menetapkan seorang calon itu mestilah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.78 meter, berumur antara 17 hingga 27 tahun dan mempunyai wajah serta badan yang harmoni.

Calon juga perlu mempunyai ijazah atau taraf pendidikan setaraf, boleh berbahasa Inggeris, mempunyai pasport yang sah dan bukannya penari bogel.

Syarat itu dilihat terlalu ketat dan beberapa hari sebelum pertandingan, penganjur hanya memilih enam calon.

Namun, enam calon berkenaan juga dianggap tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan menyebabkan penganjur mengambil keputusan membatalkan terus pertandingan itu.

Selepas mengumumkan pembatalan itu di laman Facebook rasmi pertandingan itu, pengguna media sosial mengecam tindakan penganjur.

Ramai beranggapan syarat ketinggian yang ditetapkan sebagai menghina kerana penduduk Mexico kebanyakannya bertubuh kecil.

“Adakah anda mahu mencari calon mewakili Tabasco atau Eropah?” kata Ivan Cervera Ojeda dalam laman Facebook berkenaan.

“Kenapa tidak mencari calon yang mempunyai ketinggian 1.60 meter? Adakah kami terlalu hodoh kerana bertubuh rendah?” kata seorang lelaki.

Pengguna media sosial juga berang dengan tindakan penganjur membatalkan pertandingan itu yang dianggap menghina enam peserta yang dipilih dan memalukan negeri itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 01:17 PM | Show all posts
nhasib baik mehico
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka nak cari sekacak mario cimmaro kot....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 01:48 PM | Show all posts
baca tajuk ja dah lawak
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:24 PM | Show all posts
org hispanic ni bukan tinggi - tinggi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:26 PM | Show all posts
okla tu...dari yang ni...lagi buat kelako...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2017 02:27 PM | Show all posts
mexico brazil peru cuba bukankah mereka ni semua tinggi tinggi.

pelik lar pula..

bukan ke ramai gadis2 western kata lelaki mexico kacak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:29 PM | Show all posts
lois fonsi pn nampak katek wlaupun hnsem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah.  Tak seperti lelaki melayu yang seperti fatah amin pun ada juga yang pengsan melihatnya.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:55 PM | Show all posts
kepala timun punya pertandingan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana jantan jantan nya, biar mak teh evaluasi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:07 PM | Show all posts
dauswq replied at 3-10-2017 02:24 PM
org hispanic ni bukan tinggi - tinggi kah?

keturnan european ialah..kalau ktuurnan melayu ala ala 160-170 je

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:07 PM | Show all posts
Koneknya pun mesti 'kerdil'
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahhahahaha. Rotfl. Pengsan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:14 PM | Show all posts
kentel replied at 3-10-2017 02:26 PM
okla tu...dari yang ni...lagi buat kelako...

iols nonton sekali jer ... tu pun half way ...sebabbbb...
nyampahhhhhhhhhhh ... dan program syok sundirik....
dan satu lagi .. mostly yang menyertai ... tu ... tak ncem pun ... cam ala ala pun ada ...
perasan jer lebey
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:22 PM | Show all posts
MissNigga replied at 3-10-2017 03:14 PM
iols nonton sekali jer ... tu pun half way ...sebabbbb...
nyampahhhhhhhhhhh ... dan program syok  ...

deknon, program persis mencari hero remaja LGBT jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 03:23 PM | Show all posts
dauswq replied at 3-10-2017 06:24 AM
org hispanic ni bukan tinggi - tinggi kah?

chicano ni katek2 dekk....mcm pinoy jugak....kat ofis akak ramai pinoy...muka dah sedap namun ketinggian x melepasi syarat akak

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:25 PM | Show all posts
kentel replied at 3-10-2017 03:22 PM
deknon, program persis mencari hero remaja LGBT jah

khuenzz...
biler kena interview .. siap nak kober kober line takut kena detect ..
iols nengok ikan dalam air dah tau jatey tinonya ...
aahhh....sudehhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:30 PM | Show all posts
MissNigga replied at 3-10-2017 03:25 PM
khuenzz...
biler kena interview .. siap nak kober kober line takut kena detect ..
iols nengok ik ...

sister, yang ini skali nengok da tau mana top mana botem nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2017 03:56 PM | Show all posts
mempunyai wajah serta badan yang harmoni




heyyy pertandingan ni nak cari jantan ke nak cari lagu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.556389 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list