Edited by annehuda at 28-9-2017 03:03 PM
“Ingat Mereka Bagus?” Nabil tegur rakan artis.
PENGACARA dan pelawak NabilAhmad kesal dengan sikap segelintir artis Malaysia yang sukar memberi sokonganterhadap rakan lain ketika hadir ke sebuah acara hiburan. Nabil ataunama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 33, berkata dia lebih gemar mengendalikanacara atau majlis yang tidak ada melibatkan artis. "Sayadah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah,universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis. "Sebabnyakebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus biladuduk di bawah itu. "Merekatidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan," kataNabil kepada mStarOnline. Nabil ketikaditemui di majlis pelancaran program CeriaI-Star 2017 di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara padaIsnin. Menurut pengacara program Meletop ini,artis Malaysia juga ada sifat malas memberi tepukan dan sorakan kepada rakanyang berada di pentas. Disebabkanitu, Nabil tidak menganggap dirinya selebriti tetapi dia bekerja hanya untukindustri seni. "Takkansaya naik atas pentas dan minta orang tepuk. Awak kerja macam saya, cuba naikatas pentas tapi tak ada orang tepuk apa yang awak rasa. "Artis-artisMalaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nakmengangkat diri lebih daripada orang lain. "Sebabitulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untukindustri," ujarnya. Dalam padaitu, Nabil tidak kisah jika kenyataannya ini akan mengundang kecaman daripadanetizen atau mana-mana pihak. Apa yangdikatakan hanya pandangan peribadinya yang pernah melalui pengalaman mengendaliacara hiburan namun tidak mendapat sokongan rakan selebriti yang lain. "Sayadah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalahbenda yang betul. "Sudahbanyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis laintengoklah macam mana sikap mereka," katanya.
Sumber: mstar online
|