View: 3022|Reply: 32
|
Mahu LRT tukarlah perdana menteri
[Copy link]
|
|
Projek menambak laut di Pulau Pinang mungkin tidak mendapat kebenaran kerajaan pusat, sekali gus mengganggu pelaksanaan pelan induk pengangkutan negeri itu yang turut melibatkan pembangunan laluan transit aliran ringan (LRT).
Ketika masalah kesesakan lalu-lintas Pulau Pinang belum dapat diatasi sepenuhnya Lim Guan Eng berkata ada satu lagi cara penduduk di negeri itu itu boleh melihat LRT dibina.
"Satu-satunya cara untuk menjadikan ia kenyataan ialah menukar perdana menteri, kemudian baru kita boleh dapat kebenaran membina LRT.
"Kita tak ada pilihan kecuali menukar perdana menteri," kata Lim semasa majlis makan malam Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Bayan Baru malam tadi.
Ketua menteri pulau pinang itu menjadi antara penceramah utama dalam program yang dibuat bagi mengumpul dana untuk DAP menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu yang juga menjadi penceramah di depan kira-kira 3,000 orang hadirin itu
Kata Lim penduduk Pulau Pinang mesti bersama-sama menukar perdana menteri sekarang untuk mengubah nasib negeri itu.
Banyak tempat menarik
Bulan lalu Datuk Seri Najib Razak memberitahu penduduk Balik Pulau, Putrajaya tidak dapat meluluskan projek menambak laut di selatan Pulau Pinang jika ia menjejaskan periuk nasi penduduk setempat.
Kata perdana menteri beliau menyedari kerumitan kira-kira 1,500 orang penduduk setempat yang didakwa terjejas jika projek seluas 4,500 ekar itu dilaksanakan.
Menyatakan rasa terkejut dengan pendirian kerajaan pusat itu, Lim berkata, projek penambakan laut diluluskan kerajaan pusat di negeri lain seperti Johor, Melaka dan Kedah.
Lim sentiasa menegaskan kehidupan nelayan di kawasan penambakan laut itu akan terus dilindungi kerana syarikat yang akan menjalankannya - SRS Consortium - sudah mengadakan pertemuan dengan pihak terbabit bagi memastikan keperluan mereka dipenuhi.
Sementara itu Lim berkata, antara punca kesesakan lalu-lintas di Pulau Pinang adakan kesan pembangunan dan pelaburan serta industri pelancongan di negeri itu.
Semasa hujung minggu, katanya, ramai pelancong berkunjung ke bahagian pulau dan mereka tidak boleh dipersalahkan kerana ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi di situ.
Ekoran masalah berkenaan, kerajaan negeri mengemukakan pelan induk pengangkutan bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas dengan membina rangkaian yang lebih baik menghubungkan semua lima daerah di bahagian pulau.
Kata Lim projek tebus guna itu akan menyumbang RM27 bilion dana untuk pelan induk berkenaan yang dijangka siap pada 2030. Bagaimanapun ia masih belum terlaksana kerana tidak mendapat kebenaran kerajaan pusat.
"Najib tidak akan meluluskannya. Sebelum ini dia menjanjikan LRT untuk orang Pulau Pinang tetapi semua janji itu tidak ditepai," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
..atau kena tukar KM , baru boleh dapat LRT..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Pinang Akan Ada Tren LRT Jika Tukar Perdana Menteri - LGE
sumber : sinar harian
Hanya dengan menukar perdana menteri, Pulau Pinang bakal mempunyai tren LRT.
Memetik laporan Malaysiakini, itulah yang sedang diusahakan oleh kerajaan Pulau Pinang yang membuat perancangan untuk membina pengangkutan tren LRT dari Komtar sehingga ke Bayan Lepas.
Tetapi kerajaan persekutuan mengambil masa yang lama sehingga kini belum meluluskan laporan penilaian alam persekitaran untuk projek penambakan laut.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan menukar perdana menteri, projek pengangkutan tren LRT di Pulau Pinang baru dapat direalisasikan.
Tegas Lim Guan Eng, bagi menyelesaikan masalah kesesakan trafik di Pulau Pinang, cara yang terbaik adalah membina pengangkutan tren LRT.
Justeru, sekiranya rakyat Pulau Pinang ingin melihat pengangkutan tren LRT berjaya dilaksanakan, cara yang terbaik adalah menukar perdana menteri.
"Satu-satunya cara untuk menjadikan ia kenyataan ialah menukar perdana menteri, kemudian baru kita boleh dapat kebenaran membina LRT."
"Kita tak ada pilihan kecuali menukar perdana menteri."
Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan akan membiayai sebanyak 46 bilion untuk menjalankan projek penambakan laut seluas 1800 hektar Permatang Damar Laut bagi membina tiga pulau buatan manusia sebagai tujuan pembangunan.
Tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, sekiranya projek penambakan laut yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang menjejaskan sumber pendapatan masyarakat tempatan, maka kerajaan pusat tidak akan menyokong projek tersebut.
Sehubungan itu, Lim Guan Eng berpendapat, kenyataan Najib adalah seakan-akan bertindak membatalkan pelan induk sistem pengangkutan Pulau Pinang dan sengaja menyusahkan penduduk Pulau Pinang.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
baik tukar CM la lagi bagus, ni hal dalam negri, tukar PM x da beza
kasi tukar itu CM lah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar CM lah..jadah hal dlm negeri nk babitkan PM. |
|
|
|
|
|
|
|
So habis camtu jer lah consultation fees? |
|
|
|
|
|
|
|
rugi lagi consultation fee
alya rasa cm yang harus ditukar
selalu buang duit fee consultation |
|
|
|
|
|
|
|
baik semua negeri ada je mb/cm melayu
biar waktu melei kencing melei, semua senyap |
|
|
|
|
|
|
|
LGE kecoh kat sokabar...dgn bini menikus choiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
alya_daniela replied at 26-9-2017 06:41 PM
rugi lagi consultation fee
alya rasa cm yang harus ditukar
Rugi apanyer yang dapat projek tu kompeni UMNGOK gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 25-9-2017 10:14 AM
..atau kena tukar KM , baru boleh dapat LRT..
Apa gerakan pegang Penang sebelum ni takde otak nak pk utk buat lrt? Bangang nya kau dek |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 25-9-2017 10:46 AM
baik tukar CM la lagi bagus, ni hal dalam negri, tukar PM x da beza
kasi tukar itu CM lah!!
Kau bodoh ke xreti membaca? Xnmpak dia tulis situ pm kesayangan kau tu yg x kasi tambak laut. Bangang ye dek? |
|
|
|
|
|
|
|
danieladam replied at 25-9-2017 11:27 AM
Tukar CM lah..jadah hal dlm negeri nk babitkan PM.
Bangang xbaca artikel ke? Dia kata pm x kasi tambak laut la. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelulusan projek pengangkutan awam bawah SPAD ye...projek tambak laut bawah Kem Alam Sekitar...kuasa pusat...logik je kerajaan pusat nak sabotaj projek Penang...giler apa nak bagi negeri pembangkang maju... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk dkt johor tenang2 jer tambak even dlu ada isu alam sekitar ke apa ntah... |
|
|
|
|
|
|
|
danieladam replied at 26-9-2017 09:36 PM
LGE dh muncol
Terbukti bodoh kan kau? Dah kantoi malu xbaca artikel terus konar baring. Cacai mentah baru masuk kerja ke dek? Kahkahkah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Cm sekarang dikait rasuah...kita tukar cm |
|
|
|
|
|
|
|
KK yg 10X lebih pesat dari PP...perasan nak LRT....mampus lah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|