"Zizan ada hubungi saya sejak malam tadi. Tapi saya tidak mahu membalas segala panggilannnya.
Buat masa ini, saya memang tidak dapat terima apa yang dia katakan.”
Ha, kan tak pasal-pasal Datuk Hans Isaac enggan memaafkan Zizan Razak selepas apa yang telah dilakukannya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29).
"Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.
"Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.
"Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan," katanya kepada mStar Online pada Ahad.
Foto: mStar Online
Terdahulu, pelakon berusia 46 tahun itu memuat naik sebuah gambar berserta kapsyen di laman Instagram menyatakan kekecewaannya selain mempersoalkan kredibiliti pelawak dan pengacara berkenaan sebagai hos.
Foto: IG Hans Isaac
Pada malam anugerah tersebut, Zizan dengan selamba mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.
"Saya hanya memberitahu perkara yang benar dan mempertahankan rakan-rakan yang lain. Dia tidak sepatutnya memperkecilkan kredibiliti orang lain.
"Saya terima gelaran ini secara profesional atas usaha saya selama 25 tahun di dalam industri seni.
"Macam-macam saya usahakan untuk memajukan industri. Bukan saya meminta-minta sendiri gelaran tersebut," ujarnya.
Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun.
Anda rasa patut tak Hans kecewa dan marah dengan tindakan Zizan itu? - CARI |