CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1306|Reply: 1

Dituduh Curi Duit, Pelajar Tahfiz Cedera Dirotan & Ditendang Gurunya

[Copy link]
Post time 18-9-2017 01:11 PM | Show all posts |Read mode
sumber : internet



Sabtu lalu, seorang pelajar tahfiz berusia 12 tahun cedera di belakang badan dan lengan akibat dirotan dan ditendang gurunya selepas dituduh mencuri wang pelajar lain.


Memetik laporan Harian Metro, Ketua polis Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kejadian itu berlaku di sebuah madrasah tahfiz di Kampung Raja, Besut membabitkan dua orang guru yang dikatakan bertindak sedemikian kerana mangsa tidak mengaku terbabit dalam kes curi itu.


“Kita menahan guru madrasah berusia 26 tahun yang dipercayai berada di dalam bilik warden untuk siasatan lanjut."


“Selain itu, kita turut mengesan seorang lagi guru yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.”


Laporan polis telah dibuat oleh mangsa bersama ahli keluarga di Balai Polis Kampung Raja sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.


Jelas Supt Mohd Zamri, mangsa tidak mengalami kecederaan serius namun rotan yang digunakan sudah dirampas bagi tujuan penyiasatan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera menggunakan senjata dengan sengaja.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 01:23 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 18-9-2017 01:24 PM

Jelas Supt Mohd Zamri, mangsa tidak mengalami kecederaan seriusnamun rotan yang digunakan sudah dirampas bagi tujuan penyiasatan.

Aspek fizikal 1hal....aspek psychology mental lagi 1 hal...Itu yg lebih mendalam kesannye..lebih2 lagi pd kanak2....


Layak lagi ke jadi tenaga pengajar kalau dah tendang budak mcm ni?...





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057093 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list