CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4203|Reply: 48

"Jangan Lindungi Orang Agama, Tindakan Tegas Perlu Diambil"- Zainuddin

[Copy link]
Post time 15-9-2017 09:47 AM | Show all posts |Read mode


sumber : Internet



“Ada beranggapan pandangan golongan agama ini sentiasa betul dan disebabkan itu mereka kelihatan kebal. Mereka sedar pihak berkuasa tidak berani tidak mengambil tindakan terhadap mereka.”


Demikian reaksi Tan Sri Zainuddin Maidin apabila diminta mengulas tentang kebakaran yang meragut 24 nyawa pelajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di sebuah bangunan 3 tingkat di ibu negara awal pagi semalam.


Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau turut mempersoalkan sikap kerajaan yang cuba melepaskan pihak pengurusan Darul Quran Iftifaqiyyah walaupun disahkan pusat tahfiz itu beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa.


Tindakan tegas perlu diambil terhadap pengetua pusat tahfiz itu dan mana-mana lagi sekolah tahfiz tidak berdaftar walaupun mereka dilihat sebagai “orang agama”, tambah bekas menteri penerangan itu.


Menurutnya, keengganan mengambil tindakan mungkin disebabkan motif politik.


Semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar mengesahkan sekolah berkenaan beroperasi tanpa kelulusan sijil perakuan siap dan pematuhan, dan pelan seni bina yang diterima pihak bomba berbeza dengan reka bentuk sebenar sekolah itu.


Siasatan awal polis dan bomba turut menunjukkan pelajar terperangkap ketika api merebak disebabkan hanya satu laluan keluar.


Polis juga tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan sabotaj.


Bagaimanapun Noh berkata sekolah itu tidak akan dikenakan tindakan disebabkan penderitaan yang dialami mereka ketika ini.- CARI

sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Exactly. Bila ambil tindakan nanti kata hina agama. Agama is agama. Orang agama kalau salah tetap kena hukum. Kalau tak nak kena hukum and tak nak ikut undang undang then boleh berambus pergi mana mana yg boleh buat suka hati
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 09:59 AM | Show all posts
IOLS       STUJUUUU DGN DIA KALI NIIHHHHHHHHHHH
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekokah tidak dikenakan tindakan kerana penderitaan mereka? Bs apa ni? Yg derita mak.pak yg hilang anak. Not the pengusaha tahfiz tu. Hon ni bengong bongok kasi statement and logik dari celah bon dia?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau depa boleh duduk pelan tak lulus apa kata ramai ramai buat bangunan haram pastu duduk je. Ramai pun derita gak hon bengong. Stupid gila.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang citer..
Negara kita ni ada undang2..
Semua org kena patuh undang2 tsebut .. X kisah dr sektor mana anda dtg..

If blaku pelanggaran..sila ambik tindakan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 10:09 AM | Show all posts
habis lah pengetua tahfiz ni..dikecam org malaysia sampai mati..mesti kubur dia nanti berasap
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:15 AM | Show all posts
setuju sgt dgn statement ni. harap sgt tindakan tegas diambil pada org mcm ni, jgn nak lepas tgn je dgn alasan 'mati syahid'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mana bleh! dlm islam ada konsep redha,takdir, kena ikot la.... gila pa nak pi saman uztad,tangkap uztad, umpama menghina islam dh tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x suka dia ni. Lantak la kalau tajuk tred ni aku setuju ke tidak {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ya.. harap ada org pikir guna otak.. kenakan tindakan mudir ni.. bukan lepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:25 AM | Show all posts
semua pakat redha je lagi2 dalam fb sana..cuba kalu berlaku kat sekolah kebangsaan ke apa..mau tujuh keturunan cikgu2, kementerian..govt semua kena kecam..bila kena kat org agama bleh plak redha anak syurga lah..mati syahid la..duhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah tak dikenakan tindakan? Ketika ini je ke atau mmg xkan ada tindakan?
Biar betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:29 AM | Show all posts
kejadian seumpama ini bkn pertama kali berlaku, dlm 2 tahun kebelakangan ni rasa rasanye hampir 20 pusat tahfis dah terbakar cuma kali ni telah membabitkn kehilangan nyawa yg ramai. kebanyakan yg terbakar ni pula beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa, mcm tiada ketegasan dlm penguatkuasaan yg terang2 melanggar undang2 negara. statement Zainuddin Maidin ni perlu dihighlightkn agar ada sesuatu yg perlu dilakukn utk menangani isu ini dari terus berlaku tanpa kesudahan.   
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh. Tak puas hati pulakla.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz yg bawak van x der lesen sampai accident mati budak budak hari tu kena tindakan apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 10:50 AM | Show all posts
setuju.. patutnya dikenakan tindakan pada pengetua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:52 AM | Show all posts
kalo jadi pape akan dtg aku salahkan noh omar



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:04 AM | Show all posts
bkn org agama
pada aku sebenarnya org bisnes
psl buka pusat tahfiz ni, mmg byk dpt sumbangan

harap SPRM siasat juga wang aliran kluar masuk pusat ni
takut ada seleweng, psl plan bagi bomba pn berbeza

igt buat reban ayam ka?

klu kat arab saudi ni, mmg kene pancung la klu betul2 salah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 15-9-2017 10:19 AM
Aku x suka dia ni. Lantak la kalau tajuk tred ni aku setuju ke tidak {:freak

Aku suka tajuk ni lantak la yg buat statement tu x leh beza election dgn erection

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.090474 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list