Sekitar jam 6 pagi tadi, berlaku satu kemalangan maut yang mengerikan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) melibatkan sebuah lori yang membawa muatan pasir berlanggar dengan sebuah kereta, akibatnya seorang lelaki berbangsa Cina mati di tempat kejadian.
sumber : Oriental Daily News
Memetik laporan Oriental Daily News, kejadian pelanggaran tersebut berlaku di kawasan kira-kira kilometer 22.6 Lebuhraya Damansara Puchong, iaitu depan pasaraya Tesco Puchong.
Menurut saksi, lori tersebut dipercayai hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan yang berada di tengah-tengah lebuhraya, kemudian melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan sehinggakan pemandu kereta tersebut maut tersepit di dalam kereta.
Biarpun berlaku pada pukul 6 pagi, namun disebabkan ketika itu orang ramai mula keluar untuk pergi bekerja sekaligus menyebabkan kesesakan trafik sehingga 10km.
Difahamkan, kesesakan jalan berlarutan sehingga jam 9.30 pagi.
sumber : Oriental Daily News
Memetik laporan China Press, siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan tersebut telah mengakibatkan lelaki Cina bernama Lin Keat Kheng, 28 mati di lokasi dan pemandu yang bernama Tan Zhi Xuan, 27 mengalami kecederaan.
Pemandu lori yang berbangsa Melayu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.- CARI