Sedapnya kalau dapat menikmati aiskrim ketika cuaca panas. Tapi, lagi nikmat kalau dapat makan aiskrim kek beras atau mochi. Barulah lain dari yang lain!
Foto: Kirbie's Cravings
Jangan risau, tak susah pun nak buat aiskrim mochi yang berasal dari negara matahari ternit ni. Jom tengok langkah mudah seperti disediakan Kokiku Tv ini!
Foto: Kokiku Tv
Bahan mochi:
50gram tepung pulut
100gram gula pasir
100ml air
1 sudu besar pewarna kesukaan (jika mahu)
Tepung jagung secukupnya
Bahan inti:
Aiskrim kegemaran secukupnya
Cara membuat:
1. Masukkan aiskrim ke dalam peti sejuk beku.
2. Satukan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian didihkan sehingga teksturnya berubah likat berkilat.
3. Taburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas mochi supaya penggelek tak melekat pada mochi. Gelek sampai rata.
4. Masukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan.
5. Masukkan aiskrim ke dalam mochi dan sejukkan selama 30 minit.
6. Siap dinikmati sementara masih dingin!
Foto: Lily The Wandering Gypsy
Nota: Mochi boleh dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan ia boleh dibentuk dalam saiz lebih kecil mengikut cita rasa anda.
Selamat mencuba ya! - CARI
Sumber: Liputan6/Kokiku Tv |