Sebuah video memaparkan seorang ibu menghukum anaknya yang bertengkar mendapat pujian dari netizen.
Haih! Apa agaknya yang buat netizen sampai boleh puji tu? Mari kita tonton video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang bernama Nora Aida Zakaria di laman sosial Facebooknya, semalam.
Nah..... Nak gaduh sangat.... Naik pening mama dibuatnya.... Dalam duk pening tetiba teringat method parents dari negara lain didik anak depa macam ni.......
Green shirt punishment
Nasib baik la mama ampa ni ada baju beso.... Bole la serlung kepala ampa berdua.....
Semoga menjadi ingatan untuk ank2 mama berkasih sayang sehingga akhir hayat....
Walaupun hukuman yang diberikan oleh wanita itu kepada anak-anaknya dilihat seperti kejam namun rata-rata netizen menganggap tindakan wanita itu wajar dipraktikkan untuk mengajar anak-anak yang suka bertengkar.
Setiap ibu bapa haruslah sentiasa memastikan bahawa hukuman yang diberikan kepada anak-anak tidak mengundang kepada kes penderaan kanak-kanak. Cukuplah sekadar untuk mengajar dan mengingatkan anak-anak agar tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama.
Ingat! jangan sesekali abaikan anak-anak yang melakukan kesilapan tanpa teguran atau hukuman. Ini kerana Saidina Umar Bin Khattab sendiri pernah berpesan dengan serius kepada para sahabatnya “Didiklah anak-anak kalian, kerana mereka akan hidup pada zaman yang berbeza dengan zamanmu,”. - CARI
|