|
sumber : Berita Harian
Mulai hari ini hingga hingga 18 September ini, seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017.
Kementerian Pendidikan memaklumkan menerusi satu kenyataan di laman webnya bahawa sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara, melibatkan seramai 51,363 petugas peperiksaan.
Memetik laporan Berita Harian, daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 adalah calon sekolah swasta.
Semua calon diingatkan membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar, kata Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, Lembaga Peperiksaan mengingatkan calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
Jadual waktu tersebut boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.oe.gov.my.- CARI |
|